Lelaki OKU Ditemukan Lemas Dalam Banjir Ketika Memukat Ikan

oku lemas

Lelaki OKU Ditemukan Lemas Dalam Banjir Ketika Memukat Ikan

PASIR MAS, 4 Dis (Bernama) — Seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan lemas di Kampung Bakat, Rantau Panjang, kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata kejadian itu berlaku selepas mangsa, Mohd Kamarudin Mohamed Yahya pergi menahan pukat secara sendirian di kawasan rumahnya yang dinaiki air.

“Bagaimanapun mangsa dikatakan telah jatuh daripada perahu ketika memukat ikan sebelum lemas di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Isteri mangsa Nor Zubaila Ramli, 36, hanya mengetahui kejadian malang menimpa suaminya pada pukul 1 tengah hari selepas dimaklumkan oleh jiran.

Difahamkan, kawasan mangsa menahan pukat adalah lokasi dinaiki air selepas hujan lebat beberapa hari lepas dan mangsa mengambil kesempatan menangkap ikan kerana sudah biasa berbuat demikian sebelum ini.

Mohd Kamarudin juga sebelum ini telah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak semalam, tetapi pulang ke kawasan rumahnya kira-kira 12 tengah hari tadi untuk melihat pukatnya.

Kama Azural berkata mangsa turut meninggalkan empat anak berusia antara tiga tahun hingga 17 tahun.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Orang Awam Ditahan Menyamar Jadi Anggota Polis Selama Sebulan

The post Lelaki OKU Ditemukan Lemas Dalam Banjir Ketika Memukat Ikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*