Lelaki Rogol Khinzir Bunting

Lelaki Rogol Khinzir Bunting 

Seorang lelaki didakwa merogol seekor khinzir yang sedang bunting dalam kejadian di sebuah kandang di Buriram, Thailand. Kejadian itu dikatakan berlaku pada waktu malam, 13 Januari lepas.

Kejadian itu diceritakan oleh pemilik khinzir itu yang bernama Kong, 41. Jelas Kong, dia mempunyai tiga ekor khinzir dan kandang khinzirnya itu terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Dia berkeras menyatakan bahawa ia bukanlah imaginasinya dan kejadian itu benar-benar berlaku. Menurutnya, khinzirnya yang telah dirogol itu berumur sembilan bulan dan ia telah bunting selama dua bulan.

Kong menjelaskan bahawa khinzir akan melahirkan anak pada bulan yang ketiga, jadi dia telah mencari cara untuk membantu khinzirnya melahirkan anak melalui internet.

Kata Kong, apabila dia sedang mencari maklumat mengenainya, dia terdengar bunyi aneh yang datang dari kandang khinzirnya kira-kira pada jam 10 malam hari kejadian.

Khinzir Bunting Dirogol

Pada mulanya, Kong berfikir bahawa khinzirnya itu sudah mahu melahirkan anak, jadi dia berpaling ke arah tingkapnya untuk melihat.

Tetapi, sebaliknya dia ternampak kelibat seorang lelaki yang dalam keadaan bogel, berketinggian 155 sentimeter sedang merogol khinzirnya itu.

Kong menyatakan bahawa pada waktu itu, dia takut untuk keluar dari rumahnya dan memeriksa keadaan. Jadi, dia telah menjerit untuk cuba hentikan kelakukan lelaki itu.

Jeritannya telah menyebabkan lelaki itu melarikan diri dari kandang. Namun menurutnya, dia tidak merakam atau mengambil sebarang gambar perbuatan itu kerana berada dalam keadaan yang sangat terkejut.

Kong telah melaporkan kejadian itu kepada ketua komuniti di situ. Selepas itu, dia didatangi oleh ketua komuniti serta pegawai polis pada malam itu untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu menurut laporan Channel 3, kemaluan khinzir itu menjadi bengkak selain terdapat kesan tapak kaki di kandang serta di jalan berhampiran.

Pegawai polis turut menemui dedak yang ditaburkan di sekitar kandang itu. Mereka mendakwa bahawa lelaki itu mungkin telah gunakan dedak berkenaan untuk menarik perhatian khinzir tersebut.

Pihak media melaporkan bahawa kejadian itu telah membimbangkan penduduk tempatan kerana identiti lelaki itu tidak dapat dikenal pasti. Penduduk tempatan bimbang mereka akan menjadi mangsa serangan seksual lelaki itu.

Sumber: Thaiger

BACA JUGA: Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik

The post Lelaki Rogol Khinzir Bunting appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*