Lelaki Turkiye Menyamar Jadi Polis, Cuba Culik Bayi Di Hospital

lelaki turkiye culik bayi

Lelaki Turkiye Menyamar Jadi Polis, Cuba Culik Bayi Di Hospital

Polis Turkiye dilapor menahan seorang lelaki yang disyaki cuba menculik bayi dari hospital di selatan Turkiye, lapor media tempatan.

Tangkapan itu dibuat ketika negara itu sedang bergelut dengan kejadian gempa bumi dahsyat yang melanda dua minggu lepas.

Menurut AFP, lelaki berkenaan menyamar sebagai seorang pegawai polis senior di daerah Samandag, salah satu kawasan yang terjejas dengan gempa ketika cuba menceroboh hospital tersebut.

Bagaimanapun, pihak hospital yang memeriksa kad identiti lelaki berkenaan mengesan ada yang tidak kena dan bertindak menghubungi polis.

Lelaki Turkiye menyamar jadi polis, cuba culik bayi ditahan

Ketika ditahan, pihak polis menemui kad identiti polis dan tentera palsu, emas dan juga wang tunai berjuma USD 6,500 bersama lelaki tersebut.

Menurut Anadolu Agency, wang yang ditemui dalam beberapa bentuk matawang iaitu Lira, Dolar dan Euro.

Beberapa keluarga yang mempunyai bayi dirawat di hospital berkenaan turut menyuarakan kebimbangan berhubung laporan penculikan itu.

Menteri Keluarga Turkiye, Derya Yanik berkata, sekurang-kurangnya 1,362 kanak-kanak telah berpisah dari keluarga mereka disebabkan bencana tersebut.

Terselamat dari gempa, keluarga maut dalam kebakaran

Terdahulu, dalam berita berkaitan kejadian gempa di Turkiye, sebuah keluarga dilaporkan terkorban dalam insiden kebakaran rumah, beberapa hari selepas terselamat daripada bencana gempa bumi.

Mangsa yang maut merupakan ibu dan ayah serta lima adik beradik. Menurut laporan Anadolu Agency, lima beradik yang maut berusia diantara empat hingga 13 tahun.

Difahamkan, keluarga berkenaan berpindah ke Konya daripada Nurdagi di Tengah Turkiye. Mereka berpindah untuk menetap sementara bersama saudara selepas kawasan kediaman asal musnah dalam tragedi gempa bumi kuat itu.

“Kami melihat kebakaran itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Seorang kanak-kanak perempuan berjaya menyelamatkan diri melalui tingkap,” kata penduduk tempatan, Muhsin Cakir kepada Anadolu.

Sebanyak 11 wilayah Turkiye dilanda gempa bumi dan kira-kira 5,000 gegaran susulan turut berlaku di negara tersebut.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kawasan-kawasan yang terjejas merupakan tempat tinggal kepada lebih dari 1.74 juta perlarian.

Daripada jumlah berkenaan, hampir empat juta pelarian merupakan warga Syria yang menetap di beberapa kawasan, khususnya di Istanbul.

BACA: Lebih 36,100 Terbunuh Sejak Gempa Bumi Kuat Melanda Turkiye

Sumber: AFP via Barrons

The post Lelaki Turkiye Menyamar Jadi Polis, Cuba Culik Bayi Di Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*