Liga Bola Sepak AS Perkenal Polisi “Drink Break”, Beri Pemain Muslim Masa Buka Puasa Ketika “Game”

polisi drink break

Liga Bola Sepak AS Perkenal Polisi “Drink Break”, Beri Pemain Muslim Masa Buka Puasa Ketika “Game”

Major League Soccer baru-baru ini dilaporkan telah melaksanakan dasar baharu yang membolehkan pemain Muslim untuk berbuka puasa di tepi padang semasa perlawanan berlangsung.

“Dasar ‘Drinks Break’ adalah perubahan yang dibawa dari tahun-tahun yang lalu. Ia dibuat selepas pemain beragama Islam terpaksa menunggu hingga separuh masa atau selepas perlawanan untuk berbuka puasa,” lapor Religion News Service.

Pendekatan yang terdahulu itu sangat mencabar, kerana pemain terpaksa menunggu separuh masa MLS berlangsung sekurang-kurangnya 45 minit.

Pemain yang tidak makan atau minum sejak matahari terbit harus menahan lapar dan dahaga lebih lama selepas matahari terbenam.

Kini dengan dasar baharu itu, pengadil boleh memberhentikan seketika perlawanan untuk memberi peluang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.

Perkara itu telah dilaksanakan ketika perlawanan 1 April lalu antara kelab Columbus dan Real Salt Lake, melibatkan dua pemain Crew yang berpuasa.

“Mohamed Farsi dan Steven Moreira melutut di tepi padang sambil makan kurma dan menghirup minuman, lapor Religion News Service lagi.

Moreira menerusi ciapannya di Twitter telah menyatakan ucapan terima kasihnya selepas perlawanan tersebut pada 1 April yang lalu.

“Terima kasih kerana menghormati agama kami,” tulis ciapan Moreira tersebut.

EPL & EFL juga kini membenarkan pengadil menghentikan perlawanan

Pemain bola sepak beragama Islam juga mendapat sokongan yang baik di England, selepas kedua-dua Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris (EPL & EFL) kini membenarkan pengadil menghentikan perlawanan.

Ia bagi membolehkan pemain yang berpuasa untuk makan dan minum sepanjang waktu rehat yang diberikan tersebut.

Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan juga telah menggunakan dasar ‘Drinks Break’ tersebut sepanjang bulan Ramadan. Namun pengadil masih belum menggunakannya kerana kekurangan pemain beragama Islam dalam Liga tersebut.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, pegawai perlawanan dalam Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris (EPL & EFL) diminta untuk membenarkan pemain Muslim berbuka puasa semasa perlawanan malam yang berlangsung di bulan Ramadan, lapor Sky Sports News.

Antara pemain bola sepak Muslim yang menjadi ‘tumpuan’ ialah penyerang Liverpool Mohamed Salah. Serta pemain sayap Manchester City Riyad Mahrez dan pemain tengah Chelsea Ngolo Kante.

Pemain-pemain antarabangsa itu dijangka menjalankan ibadah puasa bulan ini. Mereka akan menahan diri daripada makan atau minum pada waktu siang (sebelum / ketika perlawanan).

Mereka yang beragama Islam itu perlu membuka puasa sebaik sahaja matahari terbenam.

@mls

Pausing matches for Muslim players and referees who wish to break their fasts during Ramadan. ❤ #mls #soccer #ramadan #muslim #football

♬ original sound – Major League Soccer

Sumber: Deseret News

The post Liga Bola Sepak AS Perkenal Polisi “Drink Break”, Beri Pemain Muslim Masa Buka Puasa Ketika “Game” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*