Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu Bapa Maut Kemalangan Elak Babi Hutan Melintas

ibu bapa babi hutan melintas

Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu Bapa Maut Kemalangan Elak Babi Hutan Melintas

Lima beradik menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan ketika cuba mengelak seekor babi hutan melintas di Kuala Muda, semalam.

Difahamkan, motosikal jenis Duke KTM yang dinaiki pasangan tersebut telah terbabas lalu merempuh tiang elektrik, berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Norzianal Mohd Ainol dan isterinya, Suhana Othman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ibu bapa babi hutan melintas
Kredit: Sinar Harian

Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 46 dan 43 tahun itu maut dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

Selain itu, kedua-duanya turut mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Fatin Hanani, anak sulung kepada pasangan tersebut berkata, pada awalnya dia tidak percaya kejadian itu berlaku.

“Selepas anggota polis menunjukkan kad pengenalan kedua orang tua saya, baru saya percaya dan terus memeluk empat adik lain dan menangis.

“Polis bawa kami ke lokasi kejadian dan terkejut melihat tubuh bapa di bawah motosikal manakala ibu terbaring tidak sedarkan diri bersebelahannya,” ujarnya.

Lima beradik hilang tempat bergantung secara sekelip mata

Penuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) itu turut berkata dia bersama empat lagi adiknya telah hilang tempat bergantung.

Selain Fatin, pasangan tersebut telah meninggalkan empat orang anak iaitu, Aida Batrisya (17), Alya Batrisya (16), Adlin Irfan (15), dan Adib Iman (6).

Anak kedua bagi pasangan tersebut, Aida Batrisya pula berkata, mereka tidak menyangka akan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Kata Aida, bapanya telah mengadu lapar dan mengajak ibunya untuk pergi ke kedai bersama-sama sebelum kejadian tersebut berlaku.

Ketika itu, Aida langsung tidak terfikir dan membayangkan bahawa kedua ibu bapanya akan terlibat dalam kemalangan dan pergi buat selamanya.

“Buat masa sekarang, saya dan kakak serta dibantu bapa dan ibu saudara baru sahaja menyelesaikan pengebumian orang tua kami dan belum memikirkan untuk tinggal di mana selepas ini.

“Kemungkinan besar kami akan tinggal di rumah yang dibeli ibu dan sekarang didiami nenek di Taman Kempas,” kata Aida.

Sinar Harian melaporkan, kedua-dua jenazah tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Merbok.

Upacara pengebumian jenazah pengurus jualan dan isteri telah selamat disemadikan dalam satu liang pada petang semalam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: Jangan Terkeliru, Rupanya Ini Beza Kedua-dua Logo UiTM Ini

Sumber: Sinar Harian

The post Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu Bapa Maut Kemalangan Elak Babi Hutan Melintas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*