“Loader” Lebar Milik ATM Rosak Dalam Terowong Genting Sempah Berjaya Dialihkan

Aset Milik ATM Rosak Di Terowong Genting Sempah, Trafik Dijangka Perlahan

Sebuah aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kerosakan semasa berada di dalam terowong Genting Sempah sekitar tengah hari tadi sudah berjaya dialihkan.

Berdasarkan hantaran Facebook milik Lebuhraya Pantai Timur (LPT), aset ATM yang berupa sebuah loader lebar didapati mengalami kerosakan ketika kenderaan tersebut memasuki terowong tersebut kira-kira 1.00 tengah hari.

Kerosakan jentera milik ATM ini telah menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat bergerak sekali gus, menghalang laluan bagi arah menghala ke Kuala Lumpur.

LPT ketika itu mengatakan bahawa terdapat kemungkinan kesesakan pada laluan tersebut berikutan dan para pengguna diminta untuk bersabar.

“Kelewatan dijangka. Kesabaran dan kerjasama semua amat dihargai,”

Bagimanapun LPT memaklumkan pihak berkuasa berjaya mengeluarkan kenderaan tersebut daripada terowong kira-kira 2.12 tengah hari tadi menerusi ruangan komen.

“Susulan makluman kesesakan di terowong Genting Sempah, kenderaan tersebut telah berjaya bergerak keluar dari terowong tersebut.”

Bagi para pengguna yang melalui kawasan ini, anda diminta untuk berwaspada dan mematuhi arahan yang diberikan oleh petugas di tempat kejadian.

BACA: Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Dua Kereta

Sumber: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook 

 

 

The post “Loader” Lebar Milik ATM Rosak Dalam Terowong Genting Sempah Berjaya Dialihkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*