“Macam Guna Beras Kayangan,” Lelaki Kongsi Tip Nak Masak Nasi Bagi Bau Wangi

Tip masak nasi wangi

“Macam Guna Beras Kayangan,” Lelaki Kongsi Tip Nak Masak Nasi Bagi Bau Wangi

Nasi adalah makanan ruji kepada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan kaum di rantau Asia.

Nasi bukan sahaja dimakan pada waktu tengah hari, malah ia juga dimakan pada waktu pagi mahupun malam.

Perkara ini sudah menjadi turun temurun tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun etnik di Sabah dan Sarawak.

Bercakap soal nasi dan beras, terdapat pelbagai jenis beras ada dijual di pasaran. Daripada untuk kesihatan sehinggalah beras wangi keluaran import.

Namun begitu, harga bagi beras wangi sangat mahal dan tidak semua mampu untuk menggunakannya sebagai pilihan utama.

Oleh itu, perkongsian pada hari ini akan memberikan satu tip mudah untuk jadikan nasi wangi seperti guna beras kayangan.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @pakman3590.

Kredit TikTok

Menurut Pakman, bahan utama yang anda perlukan hanyalah beras putih biasa dan beras pulut.

Caranya mudah, anda hanya perlu campurkan kedua-dua bahan tadi dan pastikan ia rata.

Untuk sukatannya, 20 kilogram beras biasa bersamaan dengan satu kilogram beras pulut.

Kredit TikTok

Jika anda biasa menggunakan beras 1o kilogram, sukatan beras pulut yang anda perlukan adalah hanya sebanyak 500 gram.

“Dalam ni ada 20 kilogram beras. Apa yang kita perlu buat adalah kita campur beras pulut lebih kurang satu kilogram.

Trick ni aku pakai, depa duk kata beras Pakman wangi bila masak nasi wangi. Trick ni lah aku pakai,” jelas Pakman dalam video tersebut.

Perkongsian Pakman itu dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen berkenaan perkongsian video tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Abah saya ajar trick macam ni lah bila masak nasi nak bagi wangi & lembut. Nisbah 2 pot beras, segenggam kecil beras pulut. Memang sedap,” tulis seorang netizen yang berkongsi tip yang sama.

“Betul masak nasi lemak, nasi ayam pun sama memang sedap bila mix beras & pulut. Cara mak saya berniaga dulu. Terbaik Pak Man,” tulis seorang lagi netizen yang bersetuju dengan tip dari Pakman tersebut.

“Dah cuba, memang nasi jadi wangi dan lembut,” tulis seorang netizen berkongsi percubaannya selepas melakukan tip tersebut.

@pakman3590

#tips#beraswangi #resepipakman #fyp #trick

♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly

Sumber: TikTok/@pakman3590

The post “Macam Guna Beras Kayangan,” Lelaki Kongsi Tip Nak Masak Nasi Bagi Bau Wangi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*