Main bola tapi bawa peralatan tajam

Kuala Lumpur: Sukan bola sepak di Malaysia dilihat semakin ‘ekstrem’ apabila salah seorang pemain dari pasukan Farouk FT kelihatan seperti menggunakan peralatan tajam yang seakan-akan menyerupai kerambit dalam pergaduhan yang berlaku itu.

Melalui gambar yang tular di media sosial ketika ini, kejadian itu berlaku di padang KLFA, Melawati pada jam 12.30 pagi, semalam dan didapati pemain itu sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam apabila tercetus perkelahian antara mereka.

Jika melihat kepada gambar tular itu, pemain berkenaan seperti berniat untuk menghayun tangan kanan yang terdapat kerambit digenggamannya ke arah orang di depannya.

Sekiranya benar-benar terkena pihak lawan, maka ia pasti boleh membawa padah hingga boleh meragut nyawa seseorang.

sumber: HM

Difahamkan setakat ini tiada kemalangan jiwa atau tragedi berdarah di padang dan pemain mengamuk itu berjaya ditenangkan oleh orang ramai.