Majlis Perkahwinan Ikut Hukum Syarak, Pengantin Dan Tetamu Diasingkan Mengikut Jantina

pengantin tetamu diasingkan

Majlis Perkahwinan Ikut Hukum Syarak, Pengantin Dan Tetamu Diasingkan Mengikut Jantina

Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan dibuat di dalam dewan atau di hadapan rumah dengan memasang khemah, kerusi dan meja bagi menyambut tetamu yang hadir.

Tetamu bebas untuk duduk di mana-mana kerusi dan meja bagi menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.

Namun, pernah tak anda melihat majlis keramaian seperti perkahwinan mengasingkan tetamu mengikut jantina?

Ia merupakan satu majlis yang sama, namun tetamu lelaki dan perempuan perlu makan mengikut tempat yang diasingkan oleh tuan rumah.

Majlis perkahwinan di Indonesia tular

Kredit: @anyacahyaraa/TikTok

Baru-baru ini tular di media sosial, satu rakaman yang memaparkan tetamu yang hadir perlu masuk mengikut papan tanda yang ditetapkan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia dan ia bertujuan untuk menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang hadir dalam majlis tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anyacahyaraa, ia menunjukkan majlis tersebut diadakan dalam satu dewan yang besar dan dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah Ikhwan (saudara-lelaki) yang dikhaskan hanya untuk lelaki dan bahagian kedua pula ialah Akhwat (saudari-perempuan) yang merujuk kepada tetamu perempuan.

BACA: Berkeladak, Wanita Cuci Duit Untuk Hilangkan Kotoran

Bahkan, pengantin juga turut dipisahkan mengikut jantina supaya tetamu yang hadir dapat menyaksikan mempelai walaupun telah duduk mengikut syariat.

Kredit: @anyacahyaraa/TikTok

“Dalam perkahwinan syariat, pasangan pengantin dipisahkan, malah tetamu juga dipisahkan.

“Inilah tulisannya,  saudara dan saudari. Sebenarnya majlis perkahwinan dalam bilik yang sama cuma satu tiang kain panjang disediakan sebagai pembahagi.

“Tujuannya adalah untuk memastikan tiada percampuran antara wanita dan lelaki. Tiada siapa yang makan sambil berdiri kerana terdapat banyak meja panjang di sini (dewan),” jelasnya.

Biarpun majlis perkahwinan sering diadakan dalam keadaan meriah, namun walimatul urus tersebut dilakukan dengan mengikut ketetapan syariat di mana muzik juga tidak dipasang.

Sebaliknya yang hanya kedengaran di dalam dewan tersebut hanyalah bunyi kicauan burung yang menemani para tetamu.

Tuan rumah juga didapati tidak menjemput artis untuk memeriahkan majlis tersebut kerana mahu mematuhi syariat Islam.

“Tidak ada muzik hiburan atau penyanyi pentas seperti itu, tetapi ada bunyi burung berkicauan,” ujarnya.

Majlis perkahwinan tersebut sememangnya mengikut hukum syarak di mana tiada pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim secara langsung.

Majlis tersebut kemudiannya mendapat perhatian warga maya dan kebanyakan mereka meninggalkan komen menyatakan kekaguman masing-masing.

@anyacahyaraa

siapa pernah kondangan ke wedding syar’i ?🥹

♬ original sound – anyanyaaa – anyanyaaa🦄

Sumber: @anyacahyaraa/TikTok

The post Majlis Perkahwinan Ikut Hukum Syarak, Pengantin Dan Tetamu Diasingkan Mengikut Jantina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*