Makan Puding Darah Mentah, Wanita Diserang Cacing Parasit

puding darah cacing parasit

Makan Puding Darah Mentah, Wanita Diserang Cacing Parasit

Seorang wanita berusia 58 tahun berasal dari Hanoi, Vietnam dibawa ke hospital apabila jatuh sakit selepas makan satu hidangan ‘istimewa’

Wanita tersebut didapati dijangkiti cacing parasit yang tertanam di dalam otaknya selepas memakan puding yang dibuat daripada darah mentah.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila terselamat daripada serangan parasit itu selepas menerima rawatan daripada hospital.

Menurut The Mirror, puding yang dimakan wanita itu merupakan juadah istimewa tempatan yang dikenali sebagai Tiet Canh. Puding berkenaan dihasilkan daripada darah mentah yang dicampur dengan daging yang dimasak. Puding berkenaan disediakan sendiri oleh wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita yang tidak dinamakan itu mengalami sakit kepala yang teruk dan terjatuh beberapa kali di dalam rumahnya.

Ketika diperiksa, doktor di Hospital Dan Van Ngu mengesan cacing parasit di bawah kulit pada bahagian lengan dan kaki serta pada bahagian otak wanita itu.

Mulanya disangka terkena strok

Menurut jurucakap hospital berkenaan, Dr Tran Huy Tho, kakitangan perubatan pada mulanya menyangka wanita itu mengalami serangan strok. Bagaimanapun, pihaknya mengesan kehadiran parasit itu selepas mangsa menjalani ujian pengimbasan.

Dia kemudian diberikan ubat untuk membunuh parasit dan dibenarkan pulang.

Dr Tho turut memaklumkan bahawa keadaan yang dialami wanita itu mungkin lebih teruk jika tidak menerima rawatan. Dia berisiko untuk lumpuh atau maut sekiranya tidak dirawat.

”Ramai yang menyangka simpton yang ditunjuk pesakit adalah kerana mereka terkena sawan, strok atau masalah mental yang lain. Jadi, mereka dihantar untuk menerima rawatan di hospital psikiatri bertahun-tahun.

”Apabila mereka dibawah ke hospital untuk menerima rawatan sepatutnya, ia sudah terlambat dan cacing parasit itu mungkin sudah mencederakan otak.

”Jadi, mereka terpaksa hidup dengan kesan sampingan seumur hidup, seperti masalah penglihatan,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa ketika bercakap dengan media memaklumkan dia sering menyediakan puding darah tersebut sekurang-kurangnya sekali sebulan.

“Saya fikir jika saya sediakan sendiri puding itu, saya yakin ia mungkin lebih bersih. Saya sendiri tidak tahu tentang cacing parasit itu,” katanya.

BACA: China Catat Kematian Pertama Akibat Selsema Burung H3N8

Sumber: Mirror

The post Makan Puding Darah Mentah, Wanita Diserang Cacing Parasit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*