Malabar Gold & Diamonds Buka Cawangan Terbaru Di Ampang Point

  • Dirasmikan bersama oleh selebriti kita, Puan Anzalna Nasir dan pengacara cantik Adriana Adnan.
  • Ini merupakan bilik pameran yang ke-9 di Malaysia
  • Cawangan ini akan menampilkan rekaan eksklusif, terutama sekali khas untuk pelanggan tempatan kita, Melayu.

Malabar Gold & Diamonds merupakan salah satu perniagaan perhiasan terbesar di dunia, yang berada di tangga ke-6, dengan lebih dari 335 kedai di seluruh 11 negara di seluruh dunia, kini telah merasmikan pembukaan cawangan terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point, Selangor.

Kedai ini telah dirasmikan bersama selebriti popular Anzalna Nasir pada 30 Oktober bersama kehadiran Ketua Cawangan Malaysia – Encik Nijeesh Parayil, bersama pasukan pengurusan Malabar Gold & Diamonds yang lain, para pelanggan budiman, serta para penyokong mereka.

Dengan kehadiran begitu ramai pengunjung, majlis perasmian ini dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik kombinasa 2 negara; Malaysia dan Timur Tengah dan peragaan barangan kemas bertemakan Dubai Bling yang begitu memukau.

Cawangan terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point ini, akan menumpukan perhatian kepada para pelanggan berbangsa Melayu, yang juga merupakan cawangan ke-9 kepada Syarikat Malabar Gold & Diamonds di Malaysia, mereka menyediakan pelbagai koleksi perhiasan emas, berlian, dan batu berharga, dengan reka bentuk yang telah direka dengan mempertimbangkan selera dan pilihan penggemar perhiasan Melayu.

Terkenal di seluruh dunia dengan polisi yang berorientasikan kepentingan pelanggan dan ketelusan didalam urusniaga, semua pembelian perhiasan dari Malabar Gold & Diamonds dilindungi oleh ‘Janji Malabar’, iaitu satu set dasar yang memberikan jaminan kualiti serta perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan.

Janji Malabar juga termasuk 100% nilai pertukaran emas, 100% nilai pertukaran berlian, berlian yang disahkan oleh IGI dan GIA, harga yang telus kepada para pelanggan dengan menunjukkan berat batu, berat bersih, serta caj batu perhiasan, serta menawarkan nilai terbaik di dalam pembelian semula perhiasan daripada para pelanggan.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat membuka cawangan terbaru kami di Pusat Membeli Belah Ampang Point, justeru itu dapat memperluaskan kehadiran kami di Malaysia. Malabar Gold & Diamonds telah memulakan operasi di Malaysia bermula tahun 2015, dengan cawangan pertama di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Meskipun kami telah melayani minat pelanggan Melayu kami dengan berkonsepkan MGD – Lifestyle Jewellery, cawangan Malabar Gold & Diamonds di Ampang Point ini adalah yang pertama direka khas, khusus untuk para pelanggan berbangsa Melayu.

Cawangan di Ampang Point ini akan memperluaskan lagi rangkaian kami di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kami untuk menjadi peniaga perhiasan pilihan utama di dalam Negara ini,” kata Pengerusi Malabar Group, M.P Ahammed.

Cawangan yang baru dibuka di Pusat Membeli Belah Ampang Point ini mempamerkan pelbagai pilihan rekaan perhiasan emas dan berlian yang begitu memukau. Koleksi “The Mine” dari Malabar Gold & Diamonds mempersembahkan perhiasan berlian unik yang direka khas untuk pelanggan berbangsa Melayu, termasuk rantai berlian panjang yang begitu mempesonakan, di antara banyak rekaan unik yang lain, juga terdapat di sini.

Selain itu, kategori perhiasan emas termasuk koleksi emas 916 “Bella” yang sering menjadi tumpuan, menyediakan berbagai rekaan eksklusif dan kekemasan yang halus dihasilkan dengan pelbagai jenis emas. Koleksi Bella boleh didapati dengan rantai panjang dengan keberatan yang mampu milik, menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Rekaannya yang unik lagi menarik, didatangi dari 11 buah negara yang berbeza menampakkan kelainan setiap rekaannya di Malaysia.

“Kami amat gembira dengan pelancaran cawangan baru kami ini, yang didedikasikan secara eksklusif untuk memenuhi citarasa dan keselesaan kepada pelanggan tempatan terutama sekali wanita-wanita Melayu.

“Setiap satu koleksi dan rekaan di dipilih khas dan terperinci mengambil kira faktor rekaan yang baru dan unik, hasil kerjatangan yang halus dan keberatan yang seiring untuk memberikan pelanggan nilai harga yang menarik dan mampu milik. Kami sangat menitik berat khidmat pelanggan yang telus dan menepati kepuasan hati pelanggan.

Kini, jenama ini mempunyai 9 cawangan bertaraf dunia di Malaysia, yang terletak di Jalan Masjid India (terdapat 2 cawangan), di Pulau Pinang, di Klang, di Bandaraya Seremban, di Ipoh, di Mydin Mall Subang, di Mydin Mall Seremban, serta yang terkini adalah di Pusat Membeli Belah Ampang Point.

Antara perancangan pembangunan agresif yang akan dijalankan oleh jenama ini adalah untuk membuka beberapa lagi cawangan baru mereka di Bangsar, Johor Bharu, & Aeon Mall di Kuala Lumpur.

Malabar Gold & Diamonds adalah jenama utama Kumpulan Malabar, yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 di India. Dalam tempoh 30 tahun, Malabar Gold & Diamonds telah berjaya menjadi peniaga perhiasan antarabangsa yang unggul, dengan rangkaian peruncitan besar di Malaysia, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat & United Kingdom.

Dengan lebih dari 100 juta pelanggan di seluruh dunia, Malabar Gold & Diamonds menawarkan peminat barangan perhiasan dengan lebih dari 25 jenama eksklusif dan pelbagai koleksi untuk para pelanggan mereka.

Selain dari kehadiran cawangan peruncitan yang mengagumkan di seluruh dunia, Malabar Gold & Diamonds juga merupakan sebuah entiti yang berintegrasi secara vertikal, dengan 15 unit pembuatan dan 14unit pemborongan di seluruh dunia, beroperasi bersama secara bersepadu dan bertahan untuk jangka masa panjang, di dalam melaksanakan penyediaan pengalaman membeli perhiasan yang menggembirakan serta eksklusif kepada pelanggan mereka.

The post Malabar Gold & Diamonds Buka Cawangan Terbaru Di Ampang Point appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*