Malaysia Antara Negara Kenakan Tarif Air Terendah Di ASEAN

tarif air malaysia

Malaysia Antara Negara Kenakan Tarif Air Terendah Di ASEAN

SHAH ALAM, (Bernama) — Malaysia adalah antara negara yang mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air berbanding negara lain di rantau ini.

Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi soalan lazim mengenai pelarasan tarif air memaklumkan Malaysia mengenakan kadar keempat terendah dalam kalangan negara ASEAN setakat 2022 iaitu RM1.22 bagi setiap meter padu air.

Myanmar pula mengenakan caj sebanyak sembilan sen, Brunei (35 sen) dan Indonesia (RM1.15) untuk jumlah isi padu air yang sama.

Kadar yang dikenakan oleh negara jiran lain pula lebih tinggi iaitu RM1.37 di Vietnam, Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura (RM5.88).

Menurut SPAN, terdapat beberapa negeri yang tarifnya tidak disemak melebihi 25 tahun iaitu Pahang dan Perlis dengan semakan terakhir masing-masing ialah pada 1983 dan 1996.

BACA: Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik

SPAN turut memaklumkan purata kos keseluruhan bagi merawat serta membekalkan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada 2020 ialah RM1.68 bagi setiap meter padu.

“Purata tarif yang dikutip daripada pengguna adalah lebih rendah daripada purata kos keseluruhan iaitu RM1.37 per meter padu pada tahun yang sama,” katanya.

Menerusi soalan lazim mengenai manfaat pelarasan tarif air kepada pengguna, SPAN berkata ia perlu disemak bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur bekalan sebagaimana yang dirancang agar isu atau aduan bekalan air dapat diatasi dan diselesaikan.

Menurut SPAN, prestasi kewangan yang lemah boleh menjejaskan tahap perkhidmatan operator sekali gus tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.

SPAN adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan mengawal selia perkhidmatan bekalan serta perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia, Putrajaya dan Labuan.

Sumber: BERNAMA

The post Malaysia Antara Negara Kenakan Tarif Air Terendah Di ASEAN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*