Malaysia Ditangga Kedua, Negara Dengan Kadar Pemilikan Kenderaan Tertinggi Di Asia

Malaysia Ditangga Kedua, Negara Dengan Kadar Pemilikan Kenderaan Tertinggi Di Asia

Orang zaman dulu, mereka hanya menggunakan sampan, beca ataupun berjalan kaki untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Adakala, perjalanan mereka mengambil masa berjam-jam, malah ada yang sampai berhari-hari.

Oleh itu, kenderaan diciptakan untuk memberikan kemudahan dan menyelesaikan masalah pengangkutan yang dihadapi oleh manusia.

Contohnya seperti kereta dan motorsikal yang banyak memudahkan urusan manusia moden untuk bergerak daripada satu destinasi ke satu destinasi.

Hari ini, boleh dikatakan setiap isi rumah, khususnya di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah kenderaan peribadi. Walaupun negara kecil dengan jumlah penduduk kurang daripada 35 juta orang, sebenarnya pasaran kenderaan di Malaysia agak lumayan.

Saban tahun, pelbagai jenama dan pengeluar bersaing membawa masuk produk masing-masing di negara ini. Maka tak hairanlah, Malaysia antara negara dengan kadar pemilikan kenderaan per kapita tertinggi di Asia.

Seasia Stas mendedahkan data mengenai negara dengan kadar pemilikan kereta tertinggi di Asia.

Kredit: Seasia Stats via Facebook

Seasia Stats baru-baru ini berkongsi satu dapatan kajian yang disediakan oleh International Organization of Motor Vehicle Manufacturers (OICA) dan Visual Capitalist.

Kajian itu mengumpul data pemilikan kenderaan berdaftar bagi setiap 1000 orang penduduk di sesebuah negara termasuk Malaysia, antara 2015 hingga 2020.

Kenderaan yang dimaksudkan termasuklah kenderaan peribadi dan kenderaan komersial.

Siapa sangka, data yang dikumpul menunjukkan Malaysia berada di tangga kedua di peringkat Asia negara dengan kadar pemilikan kenderaan tertinggi.

Di Malaysia, sebanyak 535 buah kenderaan di daftarkan bagi setiap 1000 orang penduduk, hanya berada di belakang Jepun. Negara itu merekodkan 612 kenderaan berdaftar bagi setiap 1000 orang penduduk.

Kedudukan itu juga sekaligus menjadikan Malaysia negara dengan kadar pemilikan kenderaan tertinggi di Asia Tenggara.

Di rantau ini, Thailand berada di tangga kedua dan ketujuh di peringkat Asia. Jiran Malaysia itu mempunyai rekod 277 buah kenderaan berdaftar bagi setiap 1000 orang penduduk.

Manakala Indonesia, berada di tangga ke 3 Asia Tenggara dan 12 Asia. Negara itu mencatatkan 78 buah kenderaan berdaftar bagi setiap 1000 penduduk.

Di peringkat dunia, Amerika Syarikat mendahului carta dengan 860 kenderaan berdaftar bagi setiap 1000 orang penduduk.

BACA: Ditanya Pendapat Tentang Malaysia, Ini Pandangan Orang Luar

Sumber: Seasia Stats via Facebook, Visual Capitalist, OICA

The post Malaysia Ditangga Kedua, Negara Dengan Kadar Pemilikan Kenderaan Tertinggi Di Asia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*