London: Jarrod Bowen menyempurnakan sepakan penalti pada saat-saat akhir untuk memastikan West Ham United meraih kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Manchester United.
Crysencio Summerville menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham, membolehkan pasukan tuan rumah naik ke tangga ke-13 dengan 11 mata selepas sembilan perlawanan, sama mata dengan Manchester United yang berada di tempat ke-14.
Bowen menjaringkan gol pada minit ke-92 menerusi sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan Matthijs de Ligt telah mengasari kaki Danny Ings.
West Ham bernasib baik tidak dibolosi pada separuh masa pertama yang dikuasai oleh pasukan lawan dan mempamerkan permainan lebih baik pada babak kedua sebelum Summerville membuka jaringan pada minit ke-74.
Tujuh minit kemudian, Casemiro mengejutkan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan.
sumber: HM
Namun, kegembiraan penyokong pelawat tidak bertahan lama kerana pasukan mereka gagal mempertahankan kedudukan seri itu.