Manusia Tertua Di Dunia Saran Jauhkan Diri Daripada Orang Yang Toksik 

jauhkan diri dari orang toksik

Manusia Tertua Di Dunia Saran Jauhkan Diri Daripada Orang Yang Toksik 

Manusia tertua dunia iaitu seorang wanita Sepanyol yang dilahirkan di California telah menasihatkan supaya “jauhkan diri dari orang toksik”, lapor Sky News.

Maria Branyas Morera, lahir di San Francisco pada 4 Mac 1907, tujuh tahun sebelum bermulanya Perang Dunia Pertama.

Maria Branyas Morera mengatakan bahawa pada usianya yang sekarang, tahun baharu ini merupakan hadiah terbesar untuknya. Ia juga satu perjalanan baharu yang indah.

Morera menjadi manusia tertua di dunia apabila biarawati Perancis Sister Andre meninggal dunia pada 17 Januari lalu.

Dalam tempoh kurang sebulan, Morera akan berusia 116 tahun

Menurut Morera, ibu bapanya telah memutuskan untuk kembali ke Sepanyol pada tahun 1915 untuk menetap di Catalonia. Namun bapanya meninggal dunia akibat batuk kering menjelang akhir pelayaran mereka.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Morera juga mempunyai tiga orang anak, 11 orang cucu dan 13 cicit.

Pada tahun 2020, dia disahkan positif COVID-19 selama beberapa hari selepas beberapa minggu meraikan ulang tahunnya yang ke-113.

Morera telah tinggal di rumah jagaan yang sama di Residencia Santa Maria del Tura sejak 22 tahun yang lalu.

“Beliau berada dalam keadaan sihat dan bersyukur atas perhatian yang diberikan kepadanya menjelang ulang tahunnya pada tahun ini,” kata rumah jagaan itu dalam satu kenyataan.

“Untuk meraikan acara yang sangat istimewa ini, kami akan mengadakan sambutan kecil secara tertutup di kediaman itu dalam beberapa hari akan datang,” kata kenyataan itu lagi.

Dengan bantuan anak perempuannya, Morera telah berkongsi sebuah nasihat di Twitter berkaitan umur panjangnya.

“Tertib, ketenangan, hubungan baik dengan keluarga dan rakan-rakan, hubungan dengan alam semula jadi, kestabilan emosi. Serta tiada kebimbangan, tiada penyesalan, positif dan menjauhkan diri daripada orang yang toksik.” tulis nasihat tersebut di Twitter.

“Saya fikir, umur yang panjang juga adalah berkaitan dengan tuah. Nasib baik dan genetik yang baik,” tambah nasihat itu lagi.

Selain itu, Morera berkata dia mempunyai kenangan yang sangat buruk sewaktu Perang Saudara Sepanyol yang tercetus pada 1936 ketika dia berusia 29 tahun.

Dia berkahwin dengan suaminya pada tahun 1931 dengan seorang doktor di Catalan yang bernama Joan Moret.

Sumber: Sky News

The post Manusia Tertua Di Dunia Saran Jauhkan Diri Daripada Orang Yang Toksik  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*