Marcel Sabitzer Sah Ke Manchester United

Marcel Sabitzer

Pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer disahkan sudah berada di Manchester malam tadi berikutan perpindahan secara pinjaman dari Bayern Munich ke Manchester United, memetik Football 365.

Sebelum ini, United telah dikaitkan dengan beberapa pemain tengah ekoran Chirstian Eriksen terlepas peluang beraksi beberapa bulan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Reading pada saingan Piala FA Sabtu lalu.

Memetik Football 365, Sabitzer bersedia untuk menyertai Red Devils secara pinjaman sehingga akhir musim ini yang difahamkan layak muncul sebagai sasaran utama kelab walaupun dilapor ditawarkan peluang untuk menandatangani Houssem Aouar dari Lyon.

Bukan hanya itu, United juga dipercayai berminat untuk menandatangani rakan sepasukan Sabitzer di Bayern Munich, Ryan Gravenberch yang pernah dikendalikan oleh Erik Ten Hag di Ajax.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu merupakan ‘pemain’ mereka sendiri yang telah dipinjam untuk mengisi kekosongan Eriksen.

Sementara itu, Sabitzer dikatakan telah tiba di Carrington pada petang Selasa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya menandatangani kontrak di United.

Marcel Sabitzer
Kredit: Football 365

Memetik wartawan Jerman, Florian Plettenberg, pemeriksaan kesihatan (Sabitzer) telah dijalankan terlebih dahulu sebelum memberi gambaran kepada mereka tentang pemain tersebut.

Sementara itu, ejennya, Roger Wittmann mengatakan bahawa Sabitzer adalah orang yang paling ‘tidak senang’ kalau tidak dapat beraksi di padang, malah dikatakan langsung tidak mahu kalah.

Justeru, perkara tersebut mungkin mendorong kepada perpindahannya ke United berjalan dengan begitu mudah.

“Dari segi perwatakan, ‘kanak-kanak’ itu merupakan ‘pembunuh. Itulah rupa pemain yang sentiasa mahu kemenangan,” tambahnya.

Untuk rekod, Sabitzer dikatakan telah beraksi dalam 23 perlawanan merentasi semua pertandingan musim ini, walaupun hanya 11 daripadanya disenaraikan sebagai pemain utama.

Dalam pada itu, difahamkan pilihan pemain tengah United kini agak terhad susulan ketiadaan Eriksen, Donny Van de Beek (VDB) dan Scott McTominay yang direhatkan akibat kecederaan.

Justeru ia mungkin menjadi peluang ‘bertuah’ buat Sabitzer untuk beraksi, bagaimanapun difahamkan beliau mungkin akan bersaing dengan Fred untuk merebut tempat posisi tengah dalam kesebelasan utama.

Hal ini berikutan Eriksen dijangka akan pulih dan turun beraksi semula pada April, selain VDB akan dikeluarkan pada penghujung musim ini.

Sumber: Football 365

The post Marcel Sabitzer Sah Ke Manchester United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*