Masjid Di Perak Adakan Solat Hajat Untuk Palestin Selepas Solat Jumaat

Solat hajat palestin

Masjid Di Perak Adakan Solat Hajat Untuk Palestin Selepas Solat Jumaat

IPOH, 12 Okt (Bernama) — Masjid di seluruh negeri Perak akan mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Insya-Allah kita telah maklum kepada semua pengerusi masjid di seluruh Perak supaya diadakan solat sunat hajat untuk Palestin esok, selepas sembahyang Jumaat,” katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah meluluskan sumbangan RM100,000 bagi tabung kemanusiaan Palestin untuk membantu membela nasib penduduk Islam di situ.

BACA JUGA: Rumah Kena Bom Ketika Main “Game”, Remaja Palestin Dan Kucing Kesayangan Berjaya Terselamat

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata syarikat penerbangan yang mahu melaksanakan laluan penerbangan di sesuatu negeri perlu melaksanakan kajian dari segi permintaan dan keperluan terlebih dahulu, selain syarikat penerbangan harus mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

“Sebelum ini, ada syarikat penerbangan menawarkan laluan dua hala dari Ipoh ke Langkawi serta Ipoh ke Medan tetapi akhirnya setelah kajian dibuat ia tidak mendapat permintaan yang tinggi … laluan Ipoh ke Singapura dan Ipoh ke Johor pula ramai menggunakannya, maka ia diteruskan sehingga kini,” katanya.

Terdahulu, penganalisis pengangkutan, Rosli Khan dilaporkan berkata Perak mesti mempromosikan negeri itu secara aktif sebagai destinasi pelancongan terkemuka untuk menarik lebih banyak penerbangan terus dari negara ASEAN.

Saarani sebelum ini mengumumkan bahawa perbincangan sedang dijalankan untuk meningkatkan kebolehcapaian Ipoh dengan memperluas pilihan penerbangan terus dari negara ASEAN bagi menghapuskan keperluan pelancong untuk transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber: BERNAMA

The post Masjid Di Perak Adakan Solat Hajat Untuk Palestin Selepas Solat Jumaat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*