MB Selangor Nafi Kebocoran Data Dalam Pendaftaran Polisi INSAN

MB Selangor Nafi Kebocoran Data Dalam Pendaftaran Polisi INSAN

SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan berlaku kebocoran dan salah guna data rakyat negeri itu dalam melaksanakan polisi Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) sebagaimana yang tular di media sosial hari ini.

Amirudin menjelaskan data berkenaan ialah data awam yang boleh dibeli, serta menafikan keuntungan daripada pelaksanaan polisi berkenaan telah digunakan bagi membiayai kempen pilihan raya lepas.

BACA JUGA: Amirudin Angkat Sumpah MB Selangor Bagi Penggal Kedua

“Apa yang berlaku, skim ini melaksanakan proses prapendaftaran dengan kita berhubungan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya SPR boleh mengemukakan data. Data itu merupakan data awam yang boleh dibeli dan kita mendaftarkan mereka sebagai prapendaftaran.

“Sebab itu bagi mereka yang telah mendapat (notifikasi) prapendaftaran ini, mereka boleh terus mengesahkan maklumat berkenaan pendaftaran tersebut dan barulah mereka akan terangkum di bawah sistem polisi INSAN,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Exco Khas di sini hari ini.

Namun, katanya beliau akan meminta pihak pengendali kepada sistem INSAN memberikan kenyataan berhubung perkara itu dan menjelaskan proses prapendaftaran itu dilakukan untuk memudahkan polisi itu dilaksanakan tanpa perlu melakukan pendaftaran satu persatu.

“Kita akan mantapkan kawalan kita terutama jika berlaku pelanggaran terhadap data dan sebagainya, tetapi yang berlaku ini adalah prapendaftaran maknanya kalau tak nak tak perlu ambil polisi ini,” katanya.

Amirudin berkata buat masa ini pihaknya akan mengetatkan kawalan untuk tidak membenarkan semua pihak boleh mengakses kepada prapendaftaran polisi terbabit.

Sumber: BERNAMA

The post MB Selangor Nafi Kebocoran Data Dalam Pendaftaran Polisi INSAN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*