“Mengelirukan,” Al-Ikhsan Sports Nafi Ada Kaitan Dengan Mana-Mana Akaun Yang Promosi Produknya

Al-Ikhsan nafi akaun

“Mengelirukan,” Al-Ikhsan Sports Nafi Ada Kaitan Dengan Mana-Mana Akaun Yang Promosi Produknya

KUALA LUMPUR — Gedung barangan sukan, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai kerjasama atau kaitan dengan mana-mana akaun yang terbabit dalam mempromosikan produknya.

Al-Ikhsan Nafi Ada Kaitan Dengan Mana-Mana Akaun 

Al-Ikhsan berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akuan Facebook rasmi miliknya hari ini.

Perkara itu susulan tular berhubung sebaran kandungan pemasaran produknya yang tidak tepat dan boleh mengundang kekeliruan pelanggannya.

“Kami telah mendapati bahawa terdapat kandungan media sosial yang telah menular dalam menyebarkan kandungan pemasaran kami yang tidak tepat. Dan telah menyebabkan kekeliruan terhadap pelanggan-pelanggan kami yang dihormati.

“Kami ingin menyatakan bahawa kami TIDAK mempunyai kerjasama atau kaitan dengan mana-mana akaun yang terbabit dalam mempromosikan produk kami pada ketika ini.

“Informasi yang menular ketika ini adalah amat mengelirukan dan berbeza dengan promosi yang sedang dijalankan oleh Al-Ikhsan Sports,” maklum kenyataan itu.

BACA JUGA: Sebaran Maklumat Mengenai STR Tambahan RM600 Adalah Palsu – Kementerian Kewangan

Tambah Al-Ikhsan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana akaun sosial media. Ia bagi menangani penularan fakta-fakta dan promosi-promosi yang tidak benar serta tanpa kebenaran daripada pihaknya.

Bersihkan Kembali Imej 

Dalam masa yang sama, langkah tersebut bagi melindungi atau memulihkan reputasi baik Al-Ikhsan Sports yang terkesan dengan isu tersebut.

“Mengekalkan nama baik kami adalah penting bagi kami, namun kami juga percaya bahawa dengan memberikan anda alternatif terbaik dari kami, ia dapat memenuhi keperluan anda.

“Oleh itu, para pelanggan boleh menyemak promosi terkini dan berterusan di akaun media sosial rasmi Al-Ikhsan Sports.

“Terima kasih di atas sokongan anda,” kata gendung barangan sukan itu.

Sambutan Ulang Tahun Ke-30

Terdahulu, bersempena 30 Tahun Al-Ikhsan, gedung sukan mampu milik itu melancarkan lebih dari 5000 reka bentuk dengan harga yang berpatutan.

Walau bagaimanapun, stok adalah terhad (tertakluk terma dan syarat) dan bergantung kepada kuantiti.

Sumber: Facebook Al-Ikhsan Sports

The post “Mengelirukan,” Al-Ikhsan Sports Nafi Ada Kaitan Dengan Mana-Mana Akaun Yang Promosi Produknya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*