Meremang Tengok, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Dalam Lubang Golf

Meremang Tengok, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Dalam Lubang Golf

Seekor ular hitam ditemui sedang melingkar di dalam lubang golf dalam kejadian di Kelab Golf dan Rekreasi The Coast berhampiran pantai Selatan Sydney baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, penemuan ular sepanjang empat kaki itu mengejutkan orang ramai yang sedang leka bermain golf pada ketika itu.

Menurut pusat rekreasi tersebut, ular yang juga dikenali sebagai Red-Bellied Black adalah sejenis ular yang sangat berbisa dan berbahaya.

Tambahnya, ular tersebut mencari tempat berlindung ketika musim panas.

Dalam klip video yang dikongsikan oleh pusat rekreasi di Instagram, terlihat seekor ular berwarna hitam dan dengan saiz yang agak besar melingkar dalam lubang golf tersebut.

Kredit: The Coast Golf Club/IG

Selain itu, pihak hidupan liar Australia sering memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan spesies ini ketika musim cuaca yang tidak menentu.

Melalui perkongsian video tersebut rata-rata netizen memberi komen bahawa perkara tersebut bukan pertama kali terjadi.

“Ini bukan kali pertama seekor ular muncul di padang golf Australia,” kata seorang netizen.

Terdahulu, pelawak Andy Lee turut mengalami kejadian yang sama, beliau menemui seekor ular yang besar di padang Golf Barnbougle Lost Farms di Tasmania semasa beliau bermain golf bersama rakan-rakannya.

Dalam pada itu pada tahun 2016 seekor ular sawa sepanjang empat meter turut pernah dijumpai di padang golf Paradise Palms di Cairns oleh pengunjung di situ dan yang mengerikan ialah reptilia gergasi itu sedang memakan seekor haiwan tempatan.

Bahkan, permainan terpaksa dihentikan selama 30 minit kerana ular itu memakan keseluruhan badan haiwan tersebut di laluan fairway padang golf.

Pengurus besar Paradise Palms Declan berkata pengalaman itu mengejutkan pemain golf, namun tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.

 

Sumber: DailyMail, thecoastgolfclub via IG

The post Meremang Tengok, Ular Hitam Berbisa Ditemui Melingkar Dalam Lubang Golf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*