Mohd Syahir Cadang Debat Diteruskan, Bincang Pendidikan Negara

mohd syahir debat pendidikan

Mohd Syahir Cadang Debat Diteruskan, Bincang Pendidikan Negara

Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman mencadangkan supaya program debat diteruskan lagi namun pada kali ini membincangkan mengenai topik pendidikan negara.

Dalam satu perkongsian di Twitter, Syahir menjemput supaya Prof Dr Haim Hilman Abdullah bertentang mata dengan Fadhlina Sidek, yang merupakan Menteri Pendidikan untuk membincangkan topik tersebut.

“Debat, saya cadang diteruskan. Tajuk pendidikan.

“Jemput Prof Haim berdepan Menteri Pendidikan Fadhlina,” tulisnya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.

Beliau turut meminta supaya Astro Awani dan RTM sekali lagi untuk menjadi saluran utama menyiarkan debat tersebut.

“Tuan rumah, Astro Awani dan RTM. Tanda pagar (#) rakyat menilai,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.

Semalam, Haim Hilman dilapor menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah ke-15 menewaskan  Datin Sabrina Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH).

Haim Hilman mendapat 34,342 undi manakala, Sabrina hanya 11,170 undi.

Sebelum ini, Mohd Syahir melakukan sesi perdebatan bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam debat bertajuk Model Baharu Ekonomi Malaysia.

BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Debat bantu sampaikan isi hati rakyat

Mohd Syahir turut melahirkan rasa berpuas hati susulan debat itu membantu beliau menyampaikan isi hati rakyat.

Dalam sesi perdebatan tersebut Mohd Syahir berkata debat itu memberikan beliau peluang untuk menyuarakan idea yang dimiliki olehnya berkenaan dengan negara.

“Puas hati. Asalnya tak mahu berdebat. Saya dari sekolah tidak suka berdebat, kalau kawan-kawan berdebat saya lari.

“Tapi kali ini ada peluang untuk saya sampaikan mesej, idea dan isi hati rakyat, jadi saya ambil peluang dan saya sampaikan apa yang saya mahu sampaikan,” jelasnya ketika sesi debat selesai.

Ketika sesi perdebatan, Rafizi dan Mohd Syahir membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu mengenai keadaan semasa.

Difahamkan, debat tersebut dianjurkan oleh Rafizi kerana mahu memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat.

Sumber: @syahirnomic/Twitter

BACA: Kerajaan Mengalu-Alukan Media Anjur Program Debat – Fahmi

The post Mohd Syahir Cadang Debat Diteruskan, Bincang Pendidikan Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*