MOTAC Catat Malaysia Book Of Records Di Festival Budaya Putrajaya

30 September 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan  Budaya (MOTAC) dengan kerjasama rakan strategik  Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Budaya  menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2023 bermula  pada 28 September – 1 Oktober 2023, bertempat di Dataran  Putrajaya, Presint 3.  

Penganjuran program ini adalah bermatlamat untuk  mendekatkan masyarakat umum dan antarabangsa  dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia  serta mempromosi pelbagai produk pelancongan yang  terdapat di negara ini, khususnya di Putrajaya. 

Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim,  Perdana Menteri. Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dato  Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden  Perbadanan Putrajaya.

Bertemakan “Perpaduan Melalui Seni Budaya”, program ini  mengukuhkan semangat untuk hidup dalam harmoni dan  semangat perpaduan melalui seni, budaya dan warisan.  Festival berskala mega sebegini di Putrajaya adalah  sebagai salah satu usaha MOTAC dalam mempromosi  produk pelancongan serta keunikan program yang mampu  menarik tumpuan pelancong. 

Festival Budaya Putrajaya

Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang  empat hari program ialah Putrajaya Culture Fun Run &  Gathering yang menampilkan acara larian 5km dengan  berpakaian tradisonal, persembahan pentas bercirikan  tradisional dan kreasi dengan suntikan semangat  kemerdekaan, penjagaan seni (art care), pencungkilan  bakat, pameran, demonstrasi makanan warisan, penjualan  produk kraf serta pertandingan serta kuiz seni budaya dan  pelancongan. 

Penganjuran Festival Budaya Putrajaya pada kali ini juga  menyaksikan satu lagi catatan sejarah tercipta dalam  Malaysia Book of Records melalui penganjuran Konsert  Mega Dikir Barat & Paluan Rebana berskala antarabangsa  pertama diiringi Orkestra Tradisional Malaysia. Lima (5)  segmen persembahan dipertontonkan kepada khalayak  yang hadir pada malam ini iaitu Paluan Buka Panggung dan Bertabuh, Persembahan Lagu Jogho, Battle Tukang Karut,  Lagu Rampaian serta Dikir Kreasi diiringi oleh 230 pemain  rebana dan 200 orang awak-awak. Antara artis jemputan  yang memeriahkan konsert mega ini ialah Syamel, Liza 

Hanim, Bunga Isme, Amsyar Leee, Nadeera serta  persembahan tarian-tarian etnik tradisional pelbagai kaum.  

Festival Budaya Putrajaya

Turut menarik perhatian ialah penganjuran Coffee Republic dengan penglibatan 80 gerai vendors pelbagai jenama  kopi dan menu pilihan juadah serasi kopi yang dibawa khas  oleh Perbadanan Putrajaya. Terdapat juga pertandingan  barista Latte Art Amatur dan pertandingan kopi tarik yang  menarik perhatian pengunjung. 

Penganjuran festival ini diharapkan dapat mengangkat  potensi destinasi pelancongan, seni dan budaya Malaysia  bukan sahaja kepada masyarakat tempatan bahkan di  mata dunia. 

The post MOTAC Catat Malaysia Book Of Records Di Festival Budaya Putrajaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*