Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut

dua remaja maut

Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut

KOTA TINGGI — Dalam satu kemalangan di Jalan Utama Felda Air Tawar 4, dua remaja berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan motosikal lain semalam.

Difahamkan, kedua-dua remaja lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam. Kemalangan maut itu melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 ZR.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 ZR dari Felda Air Tawar 4 menghala ke Felda Air Tawar 5.

“Bagaimanapun, motosikal mangsa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15 ZR dari arah bertentangan secara depan dengan depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Hussin, kedua-dua mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Orang awam dinasihati supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya lagi.

Guru Besar Maut Dirempuh Sebuah Kereta

Seorang Guru besar Sekolah Kebangsaan Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kejadian berlaku di  kilometer 12 Jalan Pasir Puteh, Machang pada jam 4.30 petang bulan lalu.

BACA JUGA: Penunggang Motosikal Maut Dipanah Petir

Mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55 meninggal dunia di tempat kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di kepala.

Dirempuh Dari Arah Bertentangan 

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, seorang wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Machang ke Pasir Puteh telah melalui jalan tersebut sebelum kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan. Lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.

“Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan. Lalu memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa,” jelasnya.

Tambah Zaizul, wanita itu dipercayai telah merempuh mangsa selepas dia tidak sempat untuk mengelak.

Sementara itu, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan selepas siasatan lanjut dilakukan. Hasil pemeriksaan air kencing mendapati individu terbabit positif dadah jenis methampetamine.

Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi 

The post Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*