MRM Dan Perodua Rasmi PraPelancaran Asian Compact Sedan Design Competition

PUTRAJAYA, 4 JULAI – Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) telah menyempurnakan Prapelancaran (soft launch) Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 di Putrajaya petang ini. Pertandingan reka bentuk tersebut merupakan inisiatif MRM dan PERODUA bagi memperkasa industri yang sangat signifikan kepada negara dalam pembuatan reka bentuk automotif sebagai sebuah industri yang sangat penting dan memberi sumbangan besar kepada KDNK dari segi penawaran yang dipacu oleh sektor pembuatan.
Objektif utama pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan budaya kreativiti dan inovasi berkualiti tinggi dalam kalangan pereka serta memastikan sumbangan bernas daripada pihak awam diterima pakai dalam proses reka bentuk industri khususnya automotif. Selain itu, pertandingan ini juga dapat menghasilkan reka bentuk yang bersesuaian dan menepati kehendak PERODUA sebagai salah sebuah syarikat pengeluar kereta nasional.
ACSDC dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori profesional dan kategori pelajar institusi pengajian tinggi. Lebih menarik, pertandingan ini tidak tertumpu kepada penyertaan dalam negara tetapi turut terbuka kepada negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Singapore, Myanmar, Filipina, Cambodia, Jepun, dan Korea

The post MRM Dan Perodua Rasmi PraPelancaran Asian Compact Sedan Design Competition appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*