Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Lelaki Malaysia Jalankan Misi Jalan Kaki Dari Bidor Ke Mekah

Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Seorang lelaki tekad untuk memulakan perjalanan dari Bidor, Perak menuju ke bandar suci Mekah dengan kaedah jalan kaki bermula empat hari lalu.

Kisah pemuda berkenaan menjadi tular di media sosial dan mengejutkan ramai rakyat Malaysia, khususnya di alam maya.

Herry Nizam menerusi akaun TikToknya (@herrynizam4) berkongsi secara panjang lebar mengenai azamnya untuk mengembara secara solo menuju ke kota suci umat Islam itu. Menerusi vide0-video yang dimuat naik, nyata hasrat Nizam mendapat sokongan dan diiringi doa daripada rakyat Malaysia.

Difahamkan, beliau telah memulakan perjalanan tersebut di Plaza Tol Bidor, Lebuh Raya Utara Selatan empat hari lepas.

Sebelum memulakan perjalanannya, Herry turut meletakkan ‘countdown‘ bagi memberikan rasa debaran kepada diri dan para pengikutnya di TikTok.

Perancangan asal untuk menggunakan laluan pada lebuh raya

Dalam video countdown tersebut, lelaki tersebut turut memaparkan barangan yang bakal digunakan dalam perjalanan tersebut seperti sepasang kasut sukan, beg termasuklah sehelai Jalur Gemilang.

Pada asalnya, Herry mahu menggunakan laluan pada lebuh raya, namun beliau terpaksa mengubah laluan kepada jalan dalam atas faktor keselamatan.

Beliau memberitahu perkara tersebut menerusi salah satu videonya TikTok, yang merupakan video pertama dibuat selepas memulakan perjalanan.

“Saya sudahpun melanjutkan perjalanan saya dari Bidor ke Tanah Suci Mekah. Perancangannya nak ikut highway, tapi faktor keselamatan ikut jalan lamalah,”

Herry turut memaklumkan beberapa bandar besar yang bakal menjadi destinasi persinggahannya seperti Ipoh, Taiping dan seterusnya.

Pada awal perjalanannya, lelaki tersebut ditemani oleh seorang sahabatnya yang bakal mengiringi perjalanannya sehingga ke Tapah.

“Buat peneman, tapi separuh jalan je lah. Bagi kuatkan semangat dia (Herry). Hari panas, cuaca panas,” ujar sahabatnya.

Dalam video yang sama, Herry menasihati orang ramai agar tidak meminta apa-apa balasan dan melakukan sesuatu perkara dengan jujur dan ikhlas.

@herrynizam4

♬ bunyi asal – Herrynizamshop – Herrynizamshop

Seterusnya, beliau mula mengemaskini keberadaannya menerusi hantaran TikTok dan difahamkan, beliau kini sudah berada di Sadau, Thailand.

Dalam hantarannya pada hari ini, Herry mengatakan dirinya bakal meninggalkan Thailand dan menuju ke Myanmar tidak lama lagi.

Berdasarkan pengiraan Google Maps, perjalanan lelaki ini bakal memakan masa minimum 84 hari 10 jam. Beliau turut dijangka bakal merentasi perjalanan sejauh 10,161 kilometer.

Antara negara yang bakal dikunjunginya sewaktu perjalanan ini termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), dan Arab Saudi.

BACA: Berbasikal Untuk Tunaikan Umrah, Lelaki Meninggal Dunia Sebaik Tiba Di Mekah

Sumber: herrynizam4 via TikTok

 

The post Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*