Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini 7 Khasiat Buah Kurma Merah

kurma

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini 7 Khasiat Buah Kurma Merah

Sebut pasal kurma mesti dikaitkan dengan bulan Ramadan, bukan? Tetapi, anda selalu diperkenalkan dengan kurma hitam.

Selain daripada kurma hitam, adakah anda didedahkan dengan kurma merah? Atau ini adalah pertama kali anda tahu tentang kewujudan kurma itu?

Sama seperti kurma hitam, kurma merah juga tiada tolok bandingnya, malah kedua-dua memiliki khasiat dan kebaikan yang tersendiri untuk penggemarnya.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut , ikuti perkongsian daripada Hello Doktor yang mengupas tentang kebaikan kurma merah untuk kebaikan semua.

Amat terkenal dalam kalangan masyarakat kita terutama kaum Melayu, buah kurma itu sering kali dijadikan juadah ketika bersahur dan berbuka puasa di bulan Ramadan. Namun, kebanyakan daripada kita juga mungkin belum pernah dengar tentang kurma merah bukan?

Sebenarnya, bukan yang warna hitam sahaja baik untuk anda malah merah juga. Jom baca artikel!

kurma
Kredit: hellodoktor

Apa benar buah ini ada dalam warna lain juga?

Berdasarkan kefahaman umum orang kita, buah kurma itu berasal dari Timur Tengah dan popular dengan rasa manis, tekstur kenyal dan warna hitam. Sebenarnya, ia turut ada saudara yang lain.

Di Asia Selatan, versi buah ini dikenali dengan nama jujube (kurma merah atau kurma cina). Ya, ia masih punya rasa dan tekstur yang sama namun berwarna merah, sesuai dengan namanya.

Biasa dijadikan sebagai makanan atau ubatan tradisional di negara China, jujube dikatakan mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja dalam aspek kesihatan malah kecantikan diri dan ini bukanlah mitos.

Untuk pengetahuan anda semua, setiap seratus gram kurma cina mempunyai nutrisi yang berikut:

  • Kalori – 79 kcal
  • Protein – 1 g
  • Karbohidrat – 20 g
  • Serat – 10 g
  • Vitamin – 77% keperluan harian
  • Kalium – 5% keperluan harian

Bermula hari ini, anda mungkin sudah boleh gantikan kurma hitam kepada kurma merah dalam diet, terutama selepas anda tahu khasiat ini.

Ini khasiat kurma merah yang anda tidak tahu!

Pengambilan buah jujube dipercayai mampu mendatangkan manfaat dalam banyak aspek seperti:

#1. Ia sangat bagus untuk organ otak

Pertama, kajian mendapati bahawa kurma cina bagus untuk otak dengan cara meningkatkan daya memori selain mampu membaiki serta melindungi sel-sel otak daripada sebarang kerosakan.

Dalam pada itu, kajian terbitan Evidence-based Complementary & Alternative Medicine itu turut menunjukkan bahawa ekstrak daripada buah ini mampu membantu merawat masalah Alzheimer.

kurma
Kredit: hellodoktor

Khasiat kurma merah #2. Mencegah isu kardiovaskular

Jujube mampu memastikan sistem dan fungsi kardiovaskular yang lebih baik kerana buah ini akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) di samping meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL) sekali gus amat bagus untuk organ jantung dan sirkulasi darah.

Dalam pada itu, ia juga kaya dengan kandungan kalium yang mampu mencegah isu yang berkaitan seperti tekanan darah tinggi (hipertensi), saluran darah sempit (aterosklerosis) dan lain-lain.

Khasiat kurma merah #3. Membunuh sel kanser

Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam buah ini mungkin mampu membaiki dan melindungi sel-sel yang rosak akibat radikal bebas. Kandungan ini datang daripada gula jenis polisakarida yang bekerja dengan cara mengatasi keradangan dan kerosakan sel.

Tidak hanya itu, ia juga sangat tinggi dengan pelbagai jenis vitamin termasuk C yang memiliki efek antikanser paling kuat. Jika sel kanser sudah ada, perkembangannya juga mampu dihentikan.

#4. Ia juga bagus untuk organ perut

Serat adalah nutrisi paling penting untuk perut dan berita baik buat anda, jujube juga amat tinggi dengan kandungan serat. Ia mampu melancarkan pergerakan di dalam usus kecil dan besar.

Apa yang lebih menarik adalah buah ini turut mampu meminimumkan risiko jangkitan pada usus angkara mikrob atau ulser. Kesannya, sistem penghadaman dan pencernaan itu lebih lancar.

kurma
Kredit: hellodoktor

Khasiat kurma cina #5. Mengawal paras glukosa

Hakikatnya, ramai penderita penyakit kencing manis takut untuk makan buah kerana khuatir jika ia akan membuat kadar gula dalam darah meningkat dengan mendadak. Jujube kaya vitamin yang akan membantu menyerap dan mengawal glukosa tubuh badan.

Dalam erti kata lebih mudah, individu yang ada diabetes jangan lagi rasa risau untuk makan buah kerana kurma cina mungkin tidak akan meningkatkan atau menjejaskan paras glukosa anda.

#6. Kecantikan luaran dan dalaman kulit

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda malah kecantikan diri. Ini kerana ekstrak kurma cina telah lama digunakan sebagai krim pada kulit.

Selain disapu, ia juga boleh dimakan atau diperah menjadi jus untuk membantu individu merawat kondisi kulit seperti ekzema, psoriasis dan lain-lain kesan daripada kadar antioksidan yang tinggi.

#7. Bagus untuk anda yang susah tidur!

Akhir sekali, kajian terbitan CNS Neuroscience & Therapeutics menyatakan bahawa ekstrak serta biji buah ini mampu menyelesaikan masalah insomnia lantas bagus untuk anda yang susah tidur!

Pun begitu, kesemua khasiat kurma merah yang kami tulis di atas ini mungkin masih kurang bukti saintifik dan perlu kajian lanjutan. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya?

Sumber: hellodoktor

The post Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini 7 Khasiat Buah Kurma Merah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*