NASA Hantar Angkasawan Wanita, Afrika-Amerika Pertama Ke Bulan

nasa angkasawan bulan

NASA Hantar Angkasawan Wanita, Afrika-Amerika Pertama Ke Bulan

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA baru-baru ini menamakan empat angkasawan yang akan menyertai misi ke Bulan, kali pertama selepas hampir 50 tahun.

Nama empat angkasawan tersebut, tiga Amerika Syarikat dan seorang Kanada didedahkan dalam satu acara di Texas, semalam.

Menurut laporan BBC, Christina Koch menjadi angkasawan wanita pertama dalam sejarah yang ditugaskan untuk misi ke Bulan manakala Victor Glover menjadi angkasawan berkulit hitam pertama yang ditugaskan dalam misi yang sama.

Dua lagi angkasawan adalah Reid Wiseman dan Jeremy Hansen yang bertanggungjawab menerbangkan kapsul mengelilingi bulan pada lewat tahun depan atau awal 2025 nanti.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka tidak akan mendarat di Bulan, sebaliknya sebagai pembuka jalan kepada misi-misi seterusnya. Kesemua angkasawan tersebut kini memasuki fasa latihan berintensiti tinggi sebagai persediaan misi tersebut.

Sebelum ini, NASA berikrar untuk lebih terbuka dan memilih calon angkasawan daripada pelbagai latar untuk misi ke Bulan. Sebelum ini, NASA hanya menghantar angkasawan lelaki sahaja ke Bulan.

Latar belakang empat orang angkasawan

Reid Wiseman, 47, merupakan juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dan pernah berkhidmat seketika sebagai Ketua Pejabat Angkasawan NASA. Beliau pernah terlibat dalam misi penerbangan NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2015.

Victor Glover, 46, juga merupakan seorang juruterbang US Navy. Beliau menyertai Nasa pada 2013 dan membuat penerbangan pertamanya pada 2020. Beliau juga merupakan angkasawan berketurunan Afrika-Amerika pertama yang tinggal di stesen angkasa untuk tempoh lanjutan selama 6 bulan.

Cristina Koch, 44, pula merupakan seorang jurutera elektrik. Cristina memegang rekod sebagai angkasawan wanita yang paling lama tinggal di angkasa lepas iaitu selama 328 hari. Beliau bersama seorang lagi angkasawan wanita, Jessica Meir, muncul sebagai dua wanita pertama melakukan spacewalk pada 2019.

Jeremy Hansen, 47, merupakan juruterbang Tentera Udara Diraja Kanada sebelum mengambil keputusan menyertai Agensi Angkasa Lepas Kanada. Jeremy tidak pernah terlibat dalam sebarang misi angkasa lepas.

“Krew Artemis-2 mewakili beribu-ribu orang yang bekerja tanpa jemu untuk membawa kita semua kembali meneroka bintang. Ini krew mereka, krew kami dan krew seluruh manusia,” kata Bill Nansen, Ketua Pentadbir NASA.

Menurut BBC lagi, Wiseman dilantik menjadi komander misi tersebut manakala Glover bertanggungjawab sebagai juruterbang. Manakala Cristina dan Jeremy pula bertindak sebagai Pakar Misi Sokongan.

Kuartet itu pada dasarnya mengulangi misi 1968 yang dijalankan oleh Apollo 8, iaitu misi penerbangan angkasa lepas manusia pertama yang sampai ke Bulan. Krewnya mengambil gambar “Earthrise” terkenal yang menunjukkan Bumi muncul dari belakang ufuk bulan.

Namun menurut NAZA, perbezaan misi utama kali ini ialah penggunaan teknologi abad 21 yang telah dibangunkannya dibawah program Artemisn. Dalam mitologi Yunani, Artemis ialah kembar kepada Apollo.

Tahun  lepas, agensi itu menguji roket Moon generasi akan datang yang dipanggil Sistem Pelancaran Angkasa dan kapsul kru yang berkaitan dipanggil sebagai orion.

BACA: Ahli Politik Kantoi, Didakwa Leka Tengok Porno Ketika Dewan Bersidang

Sumber: BBC

The post NASA Hantar Angkasawan Wanita, Afrika-Amerika Pertama Ke Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*