Nilai Pasaran Saham Nvidia Naik RM1.3 Trilion Sehari, Terbesar Dalam Sejarah

Nvidia catat keuntungan terbesar

Nilai Pasaran Saham Nvidia Naik RM1.3 Trilion Sehari, Terbesar Dalam Sejarah

Nilai pasaran saham gergasi pembuat cip, Nvidia dilapor telah meningkat sebanyak $277 bilion (RM1.3 trilion) dalam tempoh sehari.

Angka berkenaan menjadi peningkatan satu hari terbesar dalam sejarah bursa saham Wall Street.

Saham syarikat tersebut dilapor melonjak 16.4 peratus dan ditutup pada paras $785.38, nilai tertinggi yang pernah direkodkan.

Lonjakan itu sekaligus menjadikan modal pasaran semasa Nvidia naik kepada $1.96 trilion (RM9.07 trilion).

Peningkatan yang dicatatkan syarikat pembuat cip itu dipercayai telah didorong oleh keyakinan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kenaikkan itu juga sejajar dengan laporan suku keempat Nvidia pada 21 Februari lepas yang menunjukkan permintaan berterusan terhadap cip, khususnya dalam perkomputeran AI.

Peningkatan nilai pasaran saham Nvidia semalam itu juga turut mengatasi keseluruhan nilai saham Coca-Cola sebanyak $265 bilion.

Selepas kejayaan itu, Nvidia muncul sebagai syarikat ketiga paling bernilai dalam pasaran saham Wall Street, mengatasi Amazon.com dan Alphabet.

Setakat ini, Microsoft dan Apple menjadi dua syarikat bernilai dalam bursa saham tersebut, masing-masing dengan modal pasaran $3.06 trillion dan $2.85 trillion.

Atasi rekod kenaikkan yang dicatatkan Platform Meta

Menurut The Straits Times, peningkatan saham Nvidia itu sekaligus mengatasi rekod kenaikkan $196 bilion yang dicatatkan oleh Platform Meta pada 2 Februari lalu.

Keuntungan saham Meta itu diperolehi selepas Facebook mengisytiharkan dividen pertamanya dan mencatatkan keputusan yang kukuh.

Dalam pada itu, saham-saham yang dikaitkan dengan AI juga dilapor naik, didorong oleh kejayaan dicatatkan Nvidia.

Bursa-bursa saham seperti S&P 500, STOXX 600 Eropah dan Nikkei Jepun turut mencatatkan peningkatan.

Misalnya, pedagang-pedagang dilapor menukar saham Nvidia bernilai $65 bilion pada 22 Februari lepas. Jumlah tersebut menyumbang hampir satu perlima daripada semua dagangan saham dalam STOXX 600 Eropah.

Peningkatan itu dijangka melebihi pasaran semasa sebanyak 208 peratus.

Beberapa syarikat pembuat cip lain yang terlibat dalam AI juga turut menikmati peningkatan yang sama.

Saham syarikat Advanced Micro Devices melonjak kira-kira 11 peratus dan Broadcom menambah 6.3 peratus.

Satu lagi syarikat, Philadelphia mencatatkan kenaikkan sebanyak 4.97 peratus kepada rekod tertinggi dalam keuntungan sehari terbesar sejak Mei 2023.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: The Straits Times

The post Nilai Pasaran Saham Nvidia Naik RM1.3 Trilion Sehari, Terbesar Dalam Sejarah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*