P.Pinang Gesa PLUS Segera Laksana Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua

plus lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua

P.Pinang Gesa PLUS Segera Laksana Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua

BATU KAWAN, 19 Jan (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang menggesa PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk segera melaksanakan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya juga telah menyuarakan perkara itu kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri dalam pertemuan di sini semalam.

“Projek itu memang dibincangkan banyak tahun oleh pelbagai pihak malah setiap tahun kerajaan negeri juga mengemukakan permohonan dan dalam kunjungan Ketua Pengarah UKAS (Datuk Shamsul Azri Abu Bakar) semalam, beliau maklumkan mereka terima isu tersebut dalam banyak mesyuarat serta keperluan melaksanakan projek tersebut.

“Memandangkan kesesakan lalu lintas itu berpunca daripada konflik laluan di Lebuhraya Utara Selatan (Juru-Sungai Dua) dan Jambatan Pulau Pinang serta Perai yang membawa kepada kenderaan bergerak perlahan sehingga berlaku kesesakan teruk,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek kondominium di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat keperluan mendesak untuk pembinaan lebuh raya bertingkat itu dilaksanakan segera bagi menyuraikan aliran trafik pengguna lebuh raya tersebut dengan pengguna tempatan.

Menurut Chow kesesakan teruk yang berlaku bukan sahaja menjejaskan kawasan Perai dan Seberang Jaya malah masalah trafik merebak ke Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, laluan dari Bayan Lepas, Bayan Baru serta pusat bandar George Town.

Situasi itu katanya memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat serta sektor industri dan pelaburan.

BACA: Ayah Menangis Saat Makan Hidangan Pertama Anak Baru Belajar Memasak

Sumber: Bernama

The post P.Pinang Gesa PLUS Segera Laksana Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*