Panggilan Ancaman Bom Palsu, Pusat Beli-Belah Kembali Beroperasi – Polis

bom pusat beli belah

Panggilan Ancaman Bom Palsu, Pusat Beli-Belah Kembali Beroperasi – Polis

Polis Johor mengesahkan sebuah pusat beli-belah terkenal dan hotel di Johor Bahru kembali beroperasi seperti sediakala susulan bangunan itu menerima panggilan ancaman bom daripada seorang lelaki dipercayai warga asing semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, keseluruhan kawasan bangunan pusat beli-belah dan hotel telah diperiksa oleh unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan (K9) sehingga jam 11.30 malam tadi.

Jelasnya, tiada sebarang objek mencurigakan dijumpai di kawasan setelah hasil pemeriksaan dilakukan.

Beliau turut mengesahkan kawasan berkenaan selamat untuk kembali beroperasi seperti sediakala.

“Pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) jam lebih kurang 6.10 petang, polis menerima satu panggilan telefon daripada pengurusan pusat beli belah tersebut mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dipercayai warganegara asing yang menyatakan telah meletakkan bom di sekitar kawasan itu dan hotel.

“Bertindak di atas maklumat tersebut pada jam 6.15 petang, seramai 92 orang pegawai kanan dan anggota polis termasuk dua unit K9 dengan dibantu tiga pegawai dan 20 anggota bomba ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Setakat ini kawasan ini selamat dan boleh beroperasi seperti biasa,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sekitar jam  6.30 petang semalam, ribuan pengunjung termasuk kakitangan pusat beli-belah itu diarahkan untuk keluar ke lokasi berhampiran susulan pengurusan menerima panggilan mengenai ancaman bom.

BACA JUGA: Tular Keadaan Di Sogo Midvalley Southkey JB, Pengunjung Diarah Keluar Kosongkan Bangunan

Pihak polis masih berada di lokasi tersebut untuk melakukan pemerhatian lanjut meskipun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Datuk Kamarul menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dan menganggu kententeraman orang ramai.

Sebelum ini tular beberapa hantaran video di media sosial yang mendedahkan keadaan panik apabila pengunjung bertindak berlari keluar mengosongkan bangunan tersebut pada petang semalam.

Sumber: Polis Johor,

The post Panggilan Ancaman Bom Palsu, Pusat Beli-Belah Kembali Beroperasi – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*