Panik Dengar Siren Bomba, Wanita Nekad Tinggalkan Motor Tengah Jalan

wanita siren bomba

Panik Dengar Siren Bomba, Wanita Nekad Tinggalkan Motor Tengah Jalan

Tular di media sosial Indonesia berkenaan satu video yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal wanita di Salatiga yang melarikan diri meninggalkan motosikalnya selepas mendengar bunyi siren bomba ketika di lampu isyarat.

Memetik Tribun News, wanita itu dipercayai panik lalu meninggalkan motosikalnya di tengah jalan ketika trak bomba hendak lalu.

Kejadian itu telah dikongsikan oleh zonasalatiga di akaun Instagram miliknya pada 25 Mac lalu.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, dapat dilihat sebuah jentera bomba memandu melepasi lampu isyarat sambil membunyikan sirennya.

Pegawai yang berada di dalam jentera bomba itu turut memberi arahan agar pengguna jalan raya yang lain untuk memberikan laluan.

Kredit Instagram

“Motosikal di hadapan, motosikal di hadapan. Buka ruang! Buka ruang!” kata pegawai itu di dalam jentera sambil membunyikan hon.

Sewaktu beberapa buah motosikal lain mula beralih, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki seorang wanita telah terjatuh.

Kredit Instagram

Wanita itu kelihatan panik dan berlari meninggalkan motosikalnya di tengah jalan tersebut.

“Jangn panik, Puan. Jangan panik,” jelas kedengaran suara anggota dari dalam video tersebut.

Kredit Instagram

Ketua Bahagian Pencegahan dan Pemeriksaan Balai Bomba Satpol PP Kota Salatiga, Betty Wahyu Nilla Sari telah mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, seorang penunggang motosikal telah meninggalkan motosikalnya di tengah jalan pada Jumaat, 24 Mac lalu kerana panik ketika sebuah jentera bomba ingin melalui jalan itu.

“Di persimpangan Cebongan, Kecamatan Argomulyo, Kota Salatiga, pasukan bergerak ke lokasi kebakaran,” jelasnya pada Sabtu lalu.

Betty berkata, ketika itu pihak Bomba Kota Salatiga telah menerima laporan kebakaran di PT. Kumpulan Prima Diva Desa Patemon, Kecamatan Tenggaran, Kabupaten Semarang.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

“Siren jentera dan hon dibunyikan supaya kenderaan yang lain boleh memberikan laluan kepada jentera bomba,” kata Betty lagi.

“Mungkin kerana panik atau gementar, penunggang itu terjatuh dan melarikan diri dari motosikalnya. Semoga tiada kecederaan kepadanya,” tambah Betty.

Tegasnya, mengikut undang-undang jalan raya, jentera pemadam kebakaran yang bertugas akan mendapat keutamaan di jalan raya.

“Jadi ini harus difahami oleh pengguna jalan raya lain, bunyi siren cukup kuat untuk memberi amaran kepada pemandu lain supaya memberi laluan kepada jentera bomba,” jelasnya.

Selain itu, menurut Betty lagi jentera bomba juga dibenarkan untuk melawan arus supaya boleh segera sampai ke lokasi kebakaran.

Sumber: Tribun News

The post Panik Dengar Siren Bomba, Wanita Nekad Tinggalkan Motor Tengah Jalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*