‘Pasang’ Ini, Cara Nak Tahu Sama Ada E-mel Dikirim Sudah Dibaca Atau Belum

E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum

‘Pasang’ Ini, Cara Nak Tahu Sama Ada E-mel Dikirim Sudah Dibaca Atau Belum

Pernah tak mesej anda tidak dibalas oleh beberapa pihak? Tunggu punya tunggu, tiada satu maklum balas pun dari penerima mesej.

Istilah ini dinamakan sebagai ‘Ghosting‘ atau dalam bahasa rojak di Malaysia, kena ‘palau‘.

Biasanya, orang yang mengamalkan ‘ghosting’ sudah membaca mesej anda, namun tidak memberikan balasan sama ada sengaja.

Berbeza pula dengan orang yang terlepas pandang mesej anda disebabkan dirinya menerima mesej daripada pelbagai pihak.

Maka, jika kita memesejnya semula, berkemungkinan pihak berkenaan akan membalas mesej anda serta meminta maaf kerana terlepas pandang mesej anda.

Selain daripada aplikasi permesejan, realiti ‘ghosting’ ini juga dihadapi dalam dunia profesional.

Kita akan mengalami kesukaran untuk mengetahui situasi sebenar, jika sesetengah pihak tidak membalas e-melnya.

Sebagai contoh, para pemohon kerja tidak dapat mengetahui status pemohonan mereka, jika Bahagian Sumber Manusia tidak memberikan maklum balas.

Bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna Twitter telah menunjukkan cara bagaimana untuk melihat sama ada e-mel yang dikirim sudah dibaca atau sebaliknya.

Anis Suraya (@anisssurayaaa) mengatakan, ini dapat membantu pemohon kerja untuk memastikan sama ada e-mel mereka dibaca atau belum.

Bukan itu sahaja, ini juga dapat membantu kita untuk menentukan sama ada e-mel yang dihantar masih aktif ataupun sebaliknya.

Kredit: Anis Suraya

Dalam kaedah ini. anda perlu untuk memuat naik sambungan (extension), Mail Track pada Chrome Web Store.

Berikut merupakan cara-caranya:

1. Layari mailtrack.io‘ pada Google Chrome anda, ataupun anda boleh menekan pada pautan ni – mailtrack.io/en/.

Kredit: Anis Suraya

2. Tekan pada pilihan ‘Install for Free‘.

Kredit: Anis Suraya

3. Kemudian, klik pada pilihan ‘Add to Chrome‘ dan klik lagi pada bahagian ‘Add extension‘.

E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Anis Suraya
E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Anis Suraya

4.- Selepas memasang sambungan tersebut pada Chrome, anda boleh terus menyambungkan sambungan tadi dengan e-mel anda.

E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Anis Suraya

Dengan ini, anda dapat memastikan sama e-mel yang dikirim sudah dibaca penerima atau belum. Bos anda pun boleh tahu, jika anda sudah membaca e-melnya ataupun sebaliknya.

BACA: “Pokok Tepi Jalan Je”, Wanita Dedah Cara Buat Pen Khat Dari Pokok Resam

Sumber: @anisssurayaaa via Twitter 

The post ‘Pasang’ Ini, Cara Nak Tahu Sama Ada E-mel Dikirim Sudah Dibaca Atau Belum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*