Pelajar Cemerlang ‘Ambil’ Keputusan SPM Di Mekah

Pelajar Cemerlang ‘Ambil’ Keputusan SPM Di Mekah

Seorang jemaah haji muda, Nur Saffiyah Nasuha Ramlan, 18 tahun membuat panggilan video dari Masjidilharam bersama ibu dan ayahnya di Malaysia bagi mengetahui keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang dijalaninya tahun lepas.

Berdasarkan perbualan video tersebut, difahamkan Nur Saffiyah berjaya merangkul keputusan cemerlang dengan mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut.

Pencapaian itu sekali gus menjadikan Nur Saffiyah sebagai pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang.

“Saya gembira kerana pertamanya dapat tunai haji pada usia muda dan pada masa sama mendapat keputusan cemerlang di bumi penuh barokah ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Jelas Nur Safiyah dia hanya fokus ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain menyiapkan kerja rumah dengan masa yang ditetapkan.

“Saya tak ikuti tuisyen di luar. Apabila lepas Maghrib akan mengaji al-Quran dan berdoa setiap masa agar cemerlang dalam akademik, siasah dan agama serta berjaya di dunia dan akhirat.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih ibu bapa, adik-beradik dan guru-guru sekolah yang tanpa penat lelah membantu saya,” katanya.

BACA: Fokus Di Kelas Bantu Remaja Autisme Cemerlang SPM

Permulaan keputusan dikongsi

Pada permulaan video yang dikongsi Era.je, Nur Saffiyah yang berasa gementar meminta ibu bapanya menunjukkan keputusan yang diperolehinya.

“Tengok result saya,” katanya.

Ibunya kemudian memaparkan sijil SPM di hadapan kamera dan Nur Saffiyah mula melihat serta mengira berapa abjad A yang tertera di situ.

Selepas tidak dapat melihat dengan jelas, Nur Saffiyah mula bertanya kepada ibu bapanya berapa A yang telah dirangkul olehnya.

“Berapa A?” tanya Nur Saffiyah.

“8A,” kata ibunya.

Kredit: BERNAMA

Ibu remaja itu menjawab dengan penuh gembira dan berpuas hati dengan pencapaian anaknya itu.

Apabila ditanya mengenai perasaan kedua ibu bapanya, mereka berkata sangat gembira dan menunjukkan muka senyum.

Happy ke?” tanya Nur Saffiyah lagi ingin kepastian.

Happy lah,” jawab ayahnya.

Untuk rekod, seramai 10,109 calon peperiksaan SPM 2022 berjaya mendapat keputusan cemerlang A, A+ dan A- dalam semua mata pelajaran.

Sumber: Era.je, Sinar Harian

BACA: Sheikh Muzaphar Tawar Program Kedoktoran Kepada Lepasan SPM 2022

The post Pelajar Cemerlang ‘Ambil’ Keputusan SPM Di Mekah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*