Pelajar Saman Universiti, Dakwa Kursus Dipelajari ‘Tak Berguna’ & Tak Diiktiraf Majikan

pelajar saman universiti

Pelajar Saman Universiti, Dakwa Kursus Dipelajari ‘Tak Berguna’ & Tak Diiktiraf Majikan

Selepas menghadapi segala kesukaran dan membayar yuran yang mahal, anda sudah pasti mahu menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan secepat mungkin, kan?

Sijil yang digenggam pula diharap mendapat pengiktirafan majikan sekaligus menjamin pemulaan karier yang gemilang apabila melangkah ke alam pekerjaan.

Namun, situasi sebaliknya berlaku kepada 18 pelajar apabila mendakwa kursus yang dipelajari di sebuah universiti Australia tidak mendapat akreditasi.

Ketiadaan akreditasi ini menyebabkan graduan jurusan berkenaan tidak diiktiraf oleh majikan dalam industri. Situasi itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor idaman selepas bergraduasi.

Sam Boon merupakan salah seorang pelajar yang berang akan situasi tesebut selepas memulakan pengajian beberapa tahun lepas.

Pelajar nekad saman universiti gara-gara ijazah tak berguna

Lelaki tersebut memulakan perjalanan ijazah sarjana mudanya pada 2019 dalam bidang perniagaan dan perdagangan.

pelajar ijazah tidak berguna
Kredit: Current Affair

Boon mendedahkan apa yang berlaku ketika ditemu bual dalam sebuah rancangan, A Current Affair

“Ini merupakan perkara yang saya sangat gemari. Saya suka kewangan, nombor dan menolong orang,” katanya yang minat dengan jurusan yang diambilnya.

Boon berkata, dia mendapat tahu universiti tersebut menawarkan kursus tersebut yang merupakan kursus baharu.

Dalam iklannya, universiti berkenaan menawarkan pengajian tersebut dan sesuai bagi mereka yang berminat menjadi penasihat kewangan bertauliah.

Malah, sebahagian besar silibus kursus tersebut turut didakwa dibangunkan mengikut keperluan semasa sektor kewangan.

“Pihak universiti banyak memberikan bahan promosi dan memberitahu kursus baharu ini bakal menerima akreditasi secara penuh,”

Pelajar baru menyedari sijil ijazah ‘tidak berguna’ ketika ingin menghabiskan pengajian

Walau bagaimanapun, kursus tersebut gagal menerima akreditasi dan kebanyakan pelajarnya tidak menyedari perkara tersebut.

Boon hanya mengetahui perkara tersebut beberapa minggu sebelum menghabiskan pengajiannya.

“Saya sudah menghabiskan masa lebih dua tahun tetapi tidak dapat memulakan sesi latihan professional yang sangat diperlukan untuk menjadi seorang penasihat kewangan.”

Menjadikan situasi lebih getir, pihak universiti  didakwa gagal memberikan maklum balas terhadap emailnya yang dihantar sebanyak 15 kali.

Maka, Boon bersama beberapa pelajar yang lain sepakat mengambil tindakan undang-undang ke atas universiti itu.

Bagi mereka, ini bukan hanya melibatkan wang yang digunakan untuk menyambung pengajian di sana.

”Ia juga melibatkan tekanan, kekecewaan, kehilangan sumber pendapatan dan peluang untuk peningkatan gaji,” kata Boon.

Sungguh pun begitu, jurucakap universiti terbabit memberitahu UNILAD bahawa kursus tersebut telah menerima akreditasi sejak 1 Julai 2022.

Pada masa itu, pelajar yang telah mendaftar dalam kursus tersebut telah diberikan peralihan yang lancar kepada program yang baru diakreditasi, manakala pelajar sudah menghabiskan pengajian akan menerima sijil ijazah yang diiktiraf.

“Pihak universiti akan menanggung kos pengajian bagi semua graduan yang terjejas untuk mendapatkan kelayakan tambahan dan lebih tinggi.

“Pelajar turut ditawarkan sokongan kewangan dan emosi, yang mana beberapa pelajar telah menerima bantuan tersebut.

“Pihak universiti akan sentiasa menghubungi graduan yang terjejas sewaktu proses akreditasi dan mengemaskini maklumat terkini mengenainya.”

BACA: Pelakon Terkenal, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Sumber: UNILAD

The post Pelajar Saman Universiti, Dakwa Kursus Dipelajari ‘Tak Berguna’ & Tak Diiktiraf Majikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*