Pelajar Seven Skies International School Muncul Penerima Anugerah Subjek Terbaik Seluruh Malaysia Dalam Peperiksaan IGCSE

Zoha Habeebullah, pelajar dari Seven Skies International School (SSI), sebuah institusi pendidikan Islam antarabangsa yang berkualiti di Malaysia, dianugerahkan dengan pencapaian Top In Malaysia untuk sukatan pelajaran Islamiyat IGCSE Cambridge di Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge, pada 27 November 2023. Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge ialah anugerah yang mengiktiraf pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan Cambridge di seluruh dunia, dengan pelbagai kategori anugerah seperti Top in the World dan Top in Country.

Zoha Habeebullah, 16, memperoleh markah standard tertinggi di Malaysia bagi sukatan pelajaran Islamiyat dalam siri peperiksaan pada Jun 2023. Cambridge IGCSE Islamiyat diiktiraf oleh universiti dan para majikan sebagai bukti pencapaian dan pemahaman sukatan pelajaran agama Islam. Dalam hal ini, mata pelajaran Islamiyat IGCSE melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang merangkumi pemahaman utama tentang Islam, sejarah awal masyarakat Islam, pelajaran Al-Quran dan Hadis dalam bahasa Arab, serta pemahaman tentang impak agama Islam kepada kehidupan Muslim di seluruh dunia.

Pengetua Seven Skies International School, Djohann Iskandar Kwan Abdullah berkata, “Pencapaian cemerlang Zoha bukan sahaja mencerminkan ketekunannya dalam pelajaran tetapi juga menjadi bukti kepada bimbingan dan komitmen luar biasa guru-gurunya. Seven Skies International School komited dalam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, dan kejayaan Zoha dalam memperoleh markah tertinggi di negara ini adalah paparan kepada standard tinggi yang menjadi penanda aras kami. Sebagai pengetua, saya mengucapkan tahniah kepada Zoha dan guru-gurunya atas pencapaian yang cemerlang ini. kejayaan ini merupakan cerminan kepada kualiti pendidikan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif kami sediakan di Seven Skies International School”.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Saya amat berbesar hati, gembira dan bersyukur di atas anugerah ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang bersama saya dalam menempuhi perjalanan ini. Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi menjadi tonggak yang membimbing saya pada setiap langkah. Saya menerima anugerah ini sebagai wakil daripada Seven Skies International School dan ia merupakan satu rahmat dan bukti bahawa jika kita berusaha, tiada yang mustahil. Ia menjadi satu teladan bukan sahaja kepada diri saya, tetapi juga kepada semua orang bahawa sebarang cabaran boleh diatasi dengan iman dan sokongan orang tersayang” kata penerima anugerah, Zoha Habeebullah.

Para pendidik di Seven Skies International School menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam menyampaikan pendidikan yang komprehensif dan berkualiti tinggi kepada pelajar, yang bertujuan menyediakan mereka untuk menghadapi peperiksaan dan kehidupan di luar bilik darjah. Guru-guru yang mendidik sentiasa mengutamakan perkembangan pelajar dalam aspek kesejahteraan, kepimpinan dan pembangunan sahsiah, menerusi pendedahan kepada pelbagai bengkel dan program dalam bidang ini.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, sila kunjungi www.sevenskies.edu.my.

The post Pelajar Seven Skies International School Muncul Penerima Anugerah Subjek Terbaik Seluruh Malaysia Dalam Peperiksaan IGCSE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*