Pencari Madu Lebah Maut Jatuh Pokok Setinggi 30 Meter

pencari madu lebah maut

Pencari Madu Lebah Maut Jatuh Pokok Setinggi 30 Meter

GUA MUSANG, 30 Mei (Bernama) — Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter ketika hendak mengambil madu lebah dalam hutan Kampung Meranto, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Abdullah Che Nah, 35, dikatakan pergi mencari madu lebah bersama dua rakannya pada 12.18 tengah malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah memanjat pokok tualang itu, lalu terjatuh di atas akar banir pokok tersebut dan tidak sedarkan diri.

“Dua rakannya kemudian pergi ke Balai Polis Bertam untuk membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Warga emas maut dilanggar lori di Gua Musang

Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah lori ketika sedang menunggang motosikal di Kilometer 8, Gua Musang-Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata akibat perlanggaran tersebut mangsa Ishak Musa, 73, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala selepas tercampak di atas bahu jalan raya.

“Kejadian berlaku kira-kira 4.20 petang ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis SM Sport 110E dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai sebelum dipercayai sedang bergerak masuk perlahan-lahan ke laluan utama selepas berhenti di tepi jalan sebelah kiri.

“Dua kenderaan yang berada di hadapan lori jenis Isuzu sempat mengelak ketika mangsa sedang masuk ke laluan tersebut, namun pemandu lori terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa dari arah belakang di laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Percubaan Seludup 110 Kotak Lebah, Lelaki Sangkut Di ‘Airport’

The post Pencari Madu Lebah Maut Jatuh Pokok Setinggi 30 Meter appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*