Pendirian Kerajaan Mengenai Isu 3R, Penduduk Tanpa Dokumen Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

kerajaan isu 3r

Pendirian Kerajaan Mengenai Isu 3R, Penduduk Tanpa Dokumen Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Pendirian kerajaan berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta penyelesaian masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu 3R serta asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara tersebut.

Muhyiddin mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Dalam sesi sama, Lo Su Fui (GRS-Tawau) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha penyelesaian isu penduduk yang tidak mempunyai dokumen disebabkan oleh pendaftaran lewat, kematian bapa dan ibu warganegara, kehilangan sijil nikah dan perkara-perkara lain.

Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sebab Malaysia Airlines menamatkan perkhidmatan katering dalam penerbangan Brahim’s Food Services Sdn Bhd sebelum melantik katerer yang baru.

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari kelima, selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.

Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Sampai Masa Kena Tukar, Rupanya Ini Sebab Utama Kad Debit & Kredit Ada Tarikh Luput

The post Pendirian Kerajaan Mengenai Isu 3R, Penduduk Tanpa Dokumen Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*