Peneraju Industri CHINT Memacu Inisiatif Pembinaan Pusat Data yang Kompleks dengan Penyelesaian Neutral Karbon

Malaysia, Oktober 30, 2023 / — Proses pembinaan pusat data terbukti menjadi semakin kompleks hari demi hari. Dengan kemunculan pelbagai teknologi baru seperti ‘artificial intelligence (AI)’, ilmu permotoran serta teknologi berintensif data, menjadikan permintaan untuk kuasa pengkomputeran meningkat secara mendadak. Peningkatan permintaan ini menjadikan pusat data sebagai tumpuan, sekaligus meningkatkan kebarangkalian serangan siber. Oleh itu, syarikat-syarikat berkaitan kini mula mengambil langkah bijak dengan meningkatkan ciri keselamatan kepada yang lebih canggih, terutamanya bagi syarikat teknologi kewangan yang menawarkan perkhidmatan seperti sektor perbankan digital. Memahami situasi ini, pengendali pusat data perlu berfungsi secara efisien dengan mematuhi peraturan industri yang ditetapkan, dan salah satu caranya adalah dengan mengurangkan bahan buangan yang boleh menjejaskan alam sekitar yang secara tidak langsung akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Data Knight Frank Malaysia, terdapat lima negara Asia Tenggara yang mendapat perhatian dalam sektor ini iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam. Di antara kelima-lima negara tersebut, Malaysia telah muncul sebagai pilihan utama pelabur untuk pembangunan pusat data. Walaupun pasaran negara-negara jiran sering mendapat perhatian oleh kerana populasi mereka yang lebih besar serta potensi yang belum diterokai, pengiktirafan yang diperoleh Malaysia kekal teguh.

Ini terbukti apabila Malaysia muncul sebagai peneraju industri dengan take-up sebanyak 113 MW pada tahun 2022, hasil kepada perkembangan pesat pusat data di Johor, manakala pusat data di Kuala Lumpur pula secara konsistennya telah mencatatkan rekod take-up dalam angka dua digit untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Sejak sedekad yang lalu, Malaysia terbukti sebagai destinasi pilihan bagi tujuan pelaburan pusat data dalam kalangan pasaran di Asia Tenggara selaras dengan meningkatnya minat dan tumpuan kepada pengkomputeran awan, ditambah pula dengan inisiatif yang disokong kerajaan, dan moratorium ke atas pusat data di Singapura. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat data paling dinamik di rantau Asia Pasifik, menjadikan pertumbuhan KDNK negara sebanyak 8.7% berserta pengumuman mengenai rantau cloud baharu baru-baru ini.

Di Data Centre World Asia 2023 tahun ini, CHINT mengambil peluang mendemonstrasikan kemampuan mereka menyediakan penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan pengagihan kuasa pusat data hiperskala. Salah satu penyelesaian ini adalah EnergiX-P40, satu Unit Pengagihan Kuasa (PDU) yang lulus ujian IEC-61439 dan ujian seismik IEC60068. Dengan sebanyak 144 litar keluar, pemutus litar dalam EnergiX-P4 boleh digantikan tanpa perlu mematikan keseluruhan PDU. Ini adalah penting untuk pusat data dan infrastruktur kritikal lain di mana downtime tidak boleh terjadi atau diterima, walaupun semasa kerja penyelenggaraan atau pembaikan.  Ini juga dapat membantu meningkatkan ketersediaan dan uptime pusat data serta aplikasi kritikal lain.

Dengan kehadiran CHINT di Malaysia, penyedia-penyedia pusat data seluruh dunia akan pasti terus berkembang pesat di negara ini. Cyberjaya dilihat menjadi hab utama bagi pusat data di Malaysia, tetapi perkembangan kini disaksikan di lokasi lain seperti Bukit Jalil dan Petaling Jaya. Lokasi-lokasi ini menawarkan grid kuasa dengan pengehadan yang kurang dan berkedudukan yang berbeza dari segi geografi. Ini membolehkan kebolehgunaan yang berganda bagi pelanggan pusat data yang ingin mengagihkan beban pengkomputeran mereka ke lokasi yang berbeza. Apabila lebih banyak syarikat teknologi global bertapak di Malaysia, kapasiti pusat data negara juga akan meningkat. Dengan ruang yang mencukupi dan infrastruktur elektrik yang boleh dipercayai, Malaysia akan menjadi pasaran utama untuk pembangunan pusat data.

Pencawang elektrik adalah satu lagi bahagian penting dalam penyelesaian pusat data kerana ia menurunkan voltan elektrik dari grid dan menyediakan kuasa sandaran sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Pencawang pasang siap CHINT direka bentuk dan dibina dalam persekitaran kilang terkawal dan juga boleh merangkumi sistem bateri litium. Pencawang pasang siap ini kemudian dihantar ke lokasi pusat data untuk integrasi di tapak dengan sistem perlindungan kebakaran. Ini dapat mengurangkan sisa bahan tanpa perlu membuat sebarang perubahan di tapak berkenaan.

Dengan lebih 35 tahun pengalaman di peringkat global, bersama pasukan jurutera dan ahli sains penyelidikan terkemuka dari 140+ negara dan rantau, CHINT merupakan pemacu perubahan yang terpenting dalam industri pusat data.

“Pusat data ialah infrastruktur yang kritikal, dan pemilik pusat data mesti menangani kerumitan pembinaannya pada permulaan setiap projek jika mereka mahu membinanya mengikut piawaian tertinggi, dengan mematuhi peraturan kerajaan dan mengambil kira aspek kebolehskalaan. Pembinaan akan memerlukan perancangan dan reka bentuk yang teliti. Jurutera projek perlu mempunyai kepakaran untuk mempertimbangkan semua faktor yang terlibat, seperti cara untuk mengoptimumkan reka bentuk pusat data, memilih bahan yang paling kos efektif dengan kualiti tinggi, dan memberi perhatian pada kaedah pembinaan. Selain itu, penggunaan pencawang pasang siap juga boleh mengurangkan masa yang diperlukan untuk membina pusat data, meningkatkan kualiti pembinaan, dan pastinya lebih menjimatkan kos daripada kaedah pembinaan tradisional, terutamanya untuk pusat data hiperskala.” kata Er. Lim Say Leong, Duta IEC (2018 – 2021) dan Pengarah Teknikal Asia Pasifik, CHINT Global dan Sunlight Electrical.

Di acara tersebut, Er. Lim turut membentangkan topik berkenaan sifat berkaitan sistem dalam infrastruktur pusat data dan cara pusat data boleh dibina untuk mencapai hasil strategik dari segi kelajuan serta bagaimana untuk memperoleh rangkaian yang berprestasi tinggi dalam fasa pembinaan dan operasi.

Selain membekalkan rangkaian penyelesaian sedia ada kepada pengendali pusat data, CHINT juga akan terus berinovasi dengan kerjasama pihak berkepentingan untuk memacu pembangunan pusat data yang canggih di rantau ini.

Di acara yang sama, Benjamin Kho, Pengurus Pemasaran Aplikasi Serantau Asia Pasifik, CHINT Global, Ngo Yun Fun, Pengurus Kejuruteraan ENGIE SEA, dan Dr. Yong Rui Yuan dari Hydrogen and Fuel Cell Association of Singapore membincangkan potensi untuk mengubah sektor tenaga melalui penggunaan hidrogen dan tenaga boleh diperbaharui yang berlatarbelakangkan daya maju ekonomi, faedah alam sekitar, dan implikasi masyarakat dalam memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui. Perbincangan ini bertujuan untuk memupuk semangat orang ramai untuk merangkul peralihan ke arah dunia rendah karbon.

Pelanggan CHINT dari rantau Asia Pasifik dan pihak berkepentingan yang hadir di Data World Centre Asia 2023 turut mengunjungi Makmal Inovasi tercanggih CHINT di ibu pejabat serantaunya di Singapura untuk membincangkan penyelesaian bagi memenuhi keperluan perniagaan yang unik serta mencapai matlamat kemampanan mereka.

Pada masa yang sama, CHINT telah menganjurkan Forum Pemasaran Antarabangsa CHINT (CIMF) ke-10 di Shanghai dari 10 hingga 14 Oktober 2023 untuk menganalisis aliran tenaga pintar terkini dan perjalanan neutral karbon CHINT. Bertemakan “Empower a Boundless Energy World”, acara tersebut semakin berprestij dengan kehadiran para pakar industri, termasuk Nan Cunhui, Pengerusi CHINT Group; Lily Zhang, Presiden CHINT Global; Prabhu Ramkumar, Naib Presiden, Ketua Kelestarian TÜV SÜD Asia Utara; Mattie Bekink, Pengarah Economist Intelligence Corporate Network China; Kenneth Jarrett, Penasihat Kanan Albright Stonebridge Group (ASG). Paul Lee, Pengurus Pemasaran Aplikasi Serantau Asia Pasifik, CHINT Global, turut mengadakan demonstrasi langsung EnergiX-P40 di Data World Centre Asia 2023 untuk peserta CIMF.

Dengan usaha berterusan untuk meningkatkan jejak mereka di rantau Asia Pasifik melalui pengembangan perniagaan, CHINT kini sudah mempunyai barisan projek yang akan dijalankan dengan kerjasama individu, perniagaan, dan pihak kerajaan untuk mewujudkan penyelesaian tenaga pintar sambil membentuk semula strategi mereka dalam sektor tenaga pintar untuk memenuhi permintaan yang baharu dan lebih kompleks.

The post Peneraju Industri CHINT Memacu Inisiatif Pembinaan Pusat Data yang Kompleks dengan Penyelesaian Neutral Karbon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*