Penerbangan Terpaksa Dibatalkan, Penumpang Perasan 4 Skru Pengikat Sayap ‘Hilang’

Penerbangan terpaksa dibatalkan

Penerbangan Terpaksa Dibatalkan, Penumpang Perasan 4 Skru Pengikat Sayap ‘Hilang’

Penerbangan sebuah pesawat dilapor terpaksa dibatalkan beberapa detik sebelum berlepas apabila seorang penumpang menyedari ada yang tidak kena.

Menurut UNILAD, penumpang pesawat berkenaan menyedari satu bahagian pada sayap pesawat tersebut kehilangan beberapa skru pengikat.

Phil Hardy, 41, berkata dia menyedari situasi tersebut selepas melihat bahagian sayap pesawat yang terjejas itu menerusi tingkap tempat duduk penumpang.

Ketika itu, dia sedang bersiap sedia untuk berlepas ke New York dari Manchester menaiki pesawat berkenaan.

“Taklimat keselamatan sedang diberikan dan saya perasan ada empat skru hilang pada bahagian sayap berkenaan. Saya dapat lihat semua bahagian skru yang ada kecuali empat skru yang hilang itu.

“Selepas mengambil gambar, ruang kosong pada lubang itu boleh dilihat sehingga ke lapisan atas sayap,” kongsi Phil.

Prihatin dengan apa yang dilihatnya, Phil kemudian melaporkan isu itu kepada seorang pramugari yang sedang bertugas.

Selepas menerima aduan Phil, seorang jurutera telah dipanggil untuk menyiasat perkara tersebut dan melakukan pemeriksaan ke atas sayap pesawat berkenaan.

Phil mendakwa jurutera cuba memasang skru yang berlainan pada lubang skru tersebut. Bagaiamanapun, skru itu tidak sepadan dengan lubang-lubang skru berkenaan.

“Ada satu ketika, jurutera membuka salah satu skru dari lubang yang berbeza dan cuba memasukkannya ke dalam salah satu lubang yang hilang itu.

“Tetapi skru itu tidak sepadan,” kongsi Phil lagi.

Menurut Phil lagi, jurutera berkenaan memberi jaminan kepada penumpang bahawa pesawat itu tidak mengalami sebarang masalah.

Phil mengakui sedikit kecewa kerana merasakan isu berkenaan seolah-olah dipandang sebagai masalah kecil.

Penerbangan pesawat akhirnya terpaksa dibatalkan

Walau bagaimanapun, penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy akhirnya telah dibatalkan dan semua penumpang diminta untuk turun dari pesawat.

UNILAD berkata, syarikat penerbangan itu mengesahkan penerbangan pesawat berkenaan dibatalkan kerana pesawat itu perlu menjalani pemeriksaan penyelenggaraan.

Tujuan pemeriksaan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Kami tidak akan berkompromi kerana keselamatan pelanggan dan anak kapal kami sentiasa menjadi keutamaan.

“Di sini, kami menegaskan kami sentiasa memberikan yang terbaik, melebihi piawaian keselematan yang ditetapkan oleh industri.

“Pesawat berkenaan juga sudah kembali beroperasi dan kami memohon maaf kepada para pelanggan yang berdepan kesulitan dengan isu tersebut,” kata wakil syarikat tersebut.

Menurut UNILAD, panel sayap yang terjejas itu merupakan struktur sekunder yang berfungsi meningkatkan prestasi aerodinamik pesawat.

Setiap panel itu mempunyai 119 skru pengikat supaya tiada sebarang impak kepada integriti struktur atau keupayaan beban sayap dan menjadikan pesawat itu selamat untuk beroperasi.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Unilad, USA Today, Business Insider

The post Penerbangan Terpaksa Dibatalkan, Penumpang Perasan 4 Skru Pengikat Sayap ‘Hilang’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*