Kadar Kelahiran Merosot, Syarikat Lampin Bayi Jepun Beralih Ke Pasaran Lampin Dewasa

Pengeluar Lampin Jepun Sasar Pasaran Dewasa, Bakal Henti Pasaran Bayi

Kadar Kelahiran Merosot, Syarikat Lampin Bayi Jepun Beralih Ke Pasaran Lampin Dewasa

Sebuah syarikat pengeluar lampin pakai buang Jepun mengumumkan akan menghentikan pengeluaran lampin bayi di negara itu dan akan beralih kepada pasaran lampin dewasa, lapor BBC.

Keputusan yang diambil itu menjadikan Oji Holding firma terkini di Jepun yang melakukan perubahan ketika komuniti tua di negara itu semakin meningkat dan kadar kelahiran merosot.

Menurut BBC, bilangan bayi yang dilahirkan pada 2023 adalah sebanyak 758,631 orang. Angka berkenaan menurun sebanyak 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Statistik itu juga menunjukkan bilangan kelahiran pada tahun berkenaan merupakan yang terendah dalam rekod Jepun sejak kurun ke-19.

Oji Holdings dalam satu kenyataan berkata anak syarikatnya, Oji Nepia ketika ini mengeluarkan kira-kira 400 juta lampin bayi setahun.

Bagaimanapun, pengeluaran syarikat itu menurun sejak 2001, selepas mencapai kemuncak pengeluaran sebanyak 700 juta lampin pada tahun tersebut.

Oji Holdings berkata pihaknya akan terus mengeluarkan lampin bayi bagi pasaran di Malaysia dan Indonesia kerana jangkaan permintaan yang masih berkembang di kedua-dua negara tersebut.

Pada 2011, pengeluar lampin terbesar Jepun, Unicharm turut melaporkan jualan lampin dewasanya telah melebihi jualan bagi lampin bayi.

Sementara itu, pasaran lampin dewasa di Jepun ketika ini dianggarkan bernilai lebih USD 2 bilion dan terus berkembang.

Kadar kelahiran rendah, Jepun berdepan krisis

Menurut BBC, hampir 30 peratus penduduk Jepun merupakan mereka yang berusia 65 tahun atau lebih. Tahun lepas, populasi penduduk berusia 80 tahun ke atas telah melepasi angka 10 peratus buat kali pertama.

Penduduk yang semakin berkurangan dengan kadar penuaan meningkat dan kadar kelahiran menurun merupakan krisis bagi Jepun sebagai salah satu ekonomi terbesar dunia.

Usaha kerajaan Jepun untuk menangani cabaran ini dilihat belum menemui kejayaan setakat ini.

Peningkatan perbelanjaan untuk program berkaitan kanak-kanak dan subsidi yang menyasarkan pasangan muda atau ibu bapa kelihatannya tidak meningkatkan kadar kelahiran.

Beberapa pakar berpendapat situasi yang dialami oleh masyarakat di Jepun ketika ini didorong oleh beberapa faktor. Antaranya kadar perkahwinan yang rendah, lebih ramai wanita memilih untuk mempunyai kerjaya dan peningkatan kos membesarkan anak.

Namun begitu, Jepun tidak bersendirian kerana kadar kelahiran turut menurun di Hong Kong, Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan China.

BACA: “You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London

Sumber: BBC

The post Kadar Kelahiran Merosot, Syarikat Lampin Bayi Jepun Beralih Ke Pasaran Lampin Dewasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*