‘Pengembara Masa’ Beri Amaran, Dakwa Pandemik Seterusnya Bakal Berlaku Pada 2024

Pengembara masa beri amaran

‘Pengembara Masa’ Beri Amaran, Dakwa Pandemik Seterusnya Bakal Berlaku Pada 2024

Seorang individu yang mengaku sebagai ‘pengembara masa dari tahun 2714’ telah mengeluarkan amaran bahawa virus pandemik seterusnya akan muncul dari dalam lapisan ais yang mencair.

Memetik Daily Star, lelaki tersebut telah mengeluarkan amaran terperinci tentang peristiwa yang akan datang dalam dekad seterusnya. Ia termasuk dakwaannya tentang apa yang akan mencetuskan wabak pandemik global yang seterusnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Eno Alaric atau @theradianttimetraveller di TikTok telah memperoleh lebih 26,000 pengikut kerana berkongsi amaran peristiwa di masa depan.

Eno sebelum ini telah memuat naik sebuah video yang mendakwa bahawa terdapat kewujudan planet lain seakan Bumi, tentang alien dan juga portal ke dimensi lain.

Yang terbaru, Eno telah mendakwa bahawa dia tahu berkenaan butiran yang akan menyebabkan wabak global seterusnya, termasuk dari mana virus itu akan datang.

Dalam video terbaru tersebut, dia mendakwa bahawa virus terbaru itu akan muncul apabila lapisan ais kutub mula mencair akibat daripada pemanasan global.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Perhatian! Saya pengembara masa sebenar dari tahun 2714, ini adalah kejadian penting yang akan berlaku dalam 10 tahun akan datang,” kata pengguna TikTok itu.

Makhluk asing akan muncul

Menurutnya, pada tahun 2023, teleskop James Webb akan menemui makhluk asing. Makhluk itu menurutnya akan menyerap sejumlah besar tenaga daripada bintang-bintang dan Matahari.

Selain itu, dia juga mendakwa pada tahun 2024 akan muncul virus terbaru yang datang daripada lapisan ais dan akan menyebabkan satu lagi pandemik global. Virus itu kononnya akan menjangkiti lebih 350 juta orang dan menyebabkan orang ramai takut untuk keluar rumah.

Kredit TikTok

“2025: Koloni pertama akan tiba di Marikh, apa yang mereka temui benar-benar menakjubkan. Angkasawan menemui tulang manusia berhampiran tapak pendaratan yang membuktikan bahawa manusia pertama datang dari Marikh.

“2026: Suar suria terbesar dalam sejarah melanda Bumi. Suar suria ini menyebabkan global berada dalam kegelapan dan tiada bekalan elektrik selama enam minggu berturut-turut.

“2027: Pembersihan pertama bermula di California, Amerika Syarikat. Ia bermula hanya di California, kemudian pada tahun berikutnya ia akan menjadi cuti global,” tulis dakwaan amaran lelaki tersebut.

Setakat mana kesahihan amarannya masih tidak diketahui. Pengikutnya di TikTok bagaimanapun berbelah bahagi dengan dakwaannya itu sama ada mahu mempercayai senarai amaran itu atau tidak.

Sumber: Daily Star

The post ‘Pengembara Masa’ Beri Amaran, Dakwa Pandemik Seterusnya Bakal Berlaku Pada 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*