Pengguna Unifi, Ini Empat Servis Yang Terlibat Dengan Kenaikkan SST

servis unifi sst

Seperti yang kita semua sedia maklum, kadar baharu cukai perkhidmatan dinaikkan kepada lapan peratus, berbanding kadar lama, enam peratus bermula hari ini.

Kenaikkan berkenaan sesuai dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang lepas.

Dalam pada itu, Unifi memaklumkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkannya turut akan mengalami kenaikkan cukai perkhidmatan bermula hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi satu hantaran di laman Facebook mereka hari ini.

Menurut Unifi, kenaikkan itu hanya melibatkan perkhidmatan teknologi maklumat dan digital yang ditawarkannya.

Dalam infografik yang dimuat naik oleh Unifi, terdapat empat perkhidmatan yang dinyatakan akan mengalami kenaikkan cukai perkhidmatan.

Empat perkhidmatan tersebut adalah kandungan Unifi TV yang dilanggan secara stand alone (seperti melanggan filem) yang dilanggan di playtv.unifi.com.my, perkhidmatan awan, penyelesaian pemasaran digital dan perkhidmatan keselamatan.

Manakala untuk perkhidmatan telekomunikasi seperti talian tetap Unifi, Unifi Broadband dan Unifi Mobile pula, kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan kekal pada enam peratus.

Menurut Unifi lagi, kadar cukai perkhidmatan baharu ini akan dipaparkan pada bil bulanan bermula Mac atau April 2024, bergantung kepada tempoh kitaran bil masing-masing.

Sumber: Unifi

The post Pengguna Unifi, Ini Empat Servis Yang Terlibat Dengan Kenaikkan SST appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*