Pengurus Thailand Risau, Kehadiran Ribuan “Fans” Malaysia Mampu Gagalkan Misi Pasukannya

Pengurus Thailand Risau, Kehadiran Ribuan “Fans” Malaysia Mampu Gagalkan Misi Pasukannya

Juara bertahan, Thailand melaungkan kerisauan untuk bertemu dengan pasukan Harimau Malaya di Bukit Jalil dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Sabtu ini.

Pengurus pasukan Thailand, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang, perlawanan yang bakal dihadiri ribuan penyokong Malaysia akan menyukarkan pasukannya untuk peroleh kejayaan.

“Pastinya akan ada tekanan apabila kami berdepan Malaysia di laman mereka sendiri di hadapan 90,000 penyokong di Bukit Jalil. Thailand tidak pernah menewaskan Malaysia di stadium ini, jadi kami mesti bersedia dari segi fizikal dan mental bagi perlawanan kali ini.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Memandangkan peraturan gol di tempat lawan digunakan, kami perlu cuba menjaringkan gol di Bukit Jalil. Ini sangat penting apabila kami menentang mereka pada perlawanan kedua di Stadium Thammasat,” tambah Nualphan lagi.

Menurut Nualphan lagi, perlawanan ini akan menjadi ujian mencabar bagi pasukan Thailand. Namun matlamat Thailand adalah untuk mempertahankan gelaran juara yang dimiliki mereka sebelum ini.

Pasukan Thailand juga akan pastikan bermain dengan sehabis baik ketika menentang pasukan Malaysia nanti.

Pasukan Thailand menduduki tempat pertama dalam kumpulan A selepas mereka berjaya menundukkan pasukan Brunei dalam penentuan ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu jurulatih Thailand, Mano Polking berkata beliau mahukan anak buahnya menjuarai saingan Kumpulan A untuk mereka boleh beraksi pada separuh akhir kedua di tempat sendiri.

Dalam pada itu, Pasukan Vietnam dijadualkan akan berdepan pasukan dari Indonesia di peringkat separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat akhir Piala AFF tersebut.

Sumber: Bangkok Post

The post Pengurus Thailand Risau, Kehadiran Ribuan “Fans” Malaysia Mampu Gagalkan Misi Pasukannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*