Penonton Ceroboh Padang, Kibarkan Bendera Palestin Dalam Perlawanan UEFA

Penonton Ceroboh Padang palestin

Penonton Ceroboh Padang, Kibarkan Bendera Palestin Dalam Perlawanan UEFA

Perlawanan Liga Juara-Juara (UEFA) antara Manchester United menentang Copenhagen dilaporkan terpaksa dihentikan seketika selepas seseorang penyokong menceroboh padang sambil membawa bendera Palestin.

Memetik Daily Mail, permainan terhenti seketika apabila terdapat seorang individu berlari di atas padang selama kira-kira seminit sebelum berjaya dihentikan.

Lelaki itu berhenti di garisan tepi padang lalu ditahan oleh pembantu perlawanan pada malam tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat berlari di sekitar padang sambil mengibarkan bendera Palestin.

Kredit X/ @sic_aa

“Hentikan pembunuhan kanak-kanak di Gaza. Mari kita bersolidariti bersama-sama,” tulis lelaki itu pada bendera Palestin tersebut.

Kredit X/@sic_aa

Tidak lama selepas insiden ceroboh itu, permainan sekali lagi terpaksa dihentikan selepas United menggantikan Jonny Evans yang tercedera.

Tidak lama kemudian, permainan dihentikan sekali lagi selepas seorang penyokong dilaporkan rebah di tepi padang.

Perlawanan penuh dramatik itu berlangsung di Stadium Parken yang terletak di Copenhagen, Denmark.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Pada awal perlawanan, United mendahului dengan 1-0 hasil jaringan awal Rasmus Hojlund.

Penyerang Denmark itu berjaya meletakkan United di hadapan menentang bekas kelabnya selepas menyambut hantaran daripada Scott McTominay.

Bagaimanapun, keadaan menjadi buruk buat pelawat apabila Marcus Rashford dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

Insiden itu menyaksikan momentum bertukar dan akhirnya keputusan berakhir 4-3 menyebelahi Copenhagen.

Sumber: Daily Mail

The post Penonton Ceroboh Padang, Kibarkan Bendera Palestin Dalam Perlawanan UEFA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*