Penternak Kerugian RM40,000 Lembu Mati Diracun, Dipercayai Angkara Khianat

lembu mati diracun

Penternak Kerugian RM40,000 Lembu Mati Diracun, Dipercayai Angkara Khianat

PERMAISURI, 19 Nov (Bernama) — Seorang penternak mengalami kerugian kira-kira RM40,000 selepas 16 ekor lembu peliharaannya mati, disyaki diracun dalam kejadian di Kampung Seri Kenangan, di sini kira-kira pukul 5 petang semalam (Sabtu).

Muhammad Saad, 62, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk kampung yang kebetulan dalam perjalanan ke kebunnya yang terletak bersebelahan lokasi kejadian, dan selepas diperiksa beliau mendapati 15 ekor lembu peliharaannya bergelimpangan dengan mulut berbuih dan darah keluar melalui hidung, mulut serta dubur.

Beliau mengesyaki ternakannya diracun kerana kesemua lembu itu dilihat mati dalam keadaan yang sama, yakni mulut berbuih dan darah di sana sini, selain penemuan tiga tong berisi air yang dipercayai telah dicampur racun serta bahan lain di kawasan berhampiran.

“Kejadian seperti ini pertama kali berlaku, dan saya amat kesal dengan tindakan pelakunya yang sungguh tidak berperikemanusian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Saya memang tak buat kandang khas untuk lembu kerana semua kebun di kawasan ini berpagar, memang lembu tak boleh masuk. Lembu ini pun saya lepas di kawasan lapang yang tiada orang. Dalam tempoh 30 tahun ini tak pernah ada penduduk kampung merungut lembu mengacau tanaman atau sebagainya,” katanya.

Muhammad berkata beliau telah membuat laporan polis dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak veterinar untuk bantuan di samping tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

The post Penternak Kerugian RM40,000 Lembu Mati Diracun, Dipercayai Angkara Khianat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*