Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia

Pepsodent kempen kebersihan mulut

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2023 – Pepsodent, jenama penjagaan mulut halal yang dipercayai keluarga pada hari ini telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran kebersihan gigi dalam kalangan komuniti B40 di Lembah Klang melalui kempen 2-2-10 di PPR Lembah Subang. Jenama ini telah bekerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN dengan matlamat untuk melengkapkan isi rumah B40 (kumpulan berpendapatan rendah) dengan maklumat dan alat untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Malaysia 20191, prevalens terhadap kaviti dan karies gigi kekal tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kesedaran kesihatan gigi. Kempen di lapangan yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan kebersihan mulut telah dikonsepkan dan dilancarkan oleh Unilever International – rakan kongsi unit perniagaan global Unilever. ‘Pepsodent 2-2-10’ adalah berdasarkan tindakan mudah memberus gigi dengan ubat gigi yang betul berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan, iaitu 2 minit setiap kali, 2 kali sehari2 untuk mendapatkan gigi yang 10 kali lebih kuat.

Pepsodent kempen kebersihan mulut

“Sebagai jenama penjagaan mulut yang dipercayai keluarga, Pepsodent percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada produk penjagaan mulut yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Kempen 2-2-10 bertujuan untuk menyemai kepentingan asas kebersihan pergigian dan langkah mudah untuk mengamalkannya dengan berkesan. Bersama rakan kongsi kami MAHSA dan MYDIN Prihatin, kami komited untuk menyampaikan mesej pendidikan dan amalan penjagaan mulut yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia sekali gus memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa diutamakan. Tujuan Unilever International untuk ‘berkhidmat kepada yang terabai’ adalah selaras dengan kempen ini iaitu demi mendidik dan memperkasakan komuniti yang terabai tentang kepentingan kebersihan mulut.” kata Nitin Agarwal, Ketua Pegawai Pemasaran, Unilever International.

Sekolah Pergigian MAHSA dan para pelajarnya menyediakan pakar penjagaan gigi mereka untuk kempen ini. Sebagai salah satu sekolah pergigian yang terkemuka di Malaysia, MAHSA komited untuk menyediakan dan mengekalkan standard kesihatan mulut yang optimum buat masyarakat.

Pepsodent kempen kebersihan mulut

Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim, dekan fakulti pergigian di MAHSA berkata, “Fakulti Pergigian MAHSA komited untuk memberi pendedahan kepada pelajar kami berkenaan peluang dalam sains pergigian. Oleh itu, kami gembira apabila Pepsodent menghubungi kami untuk sama-sama berganding bahu. Kami percaya bahawa semua rakyat Malaysia bukan sahaja seharusnya mempunyai akses kepada penyelesaian penjagaan gigi yang betul tetapi mereka juga perlu menyedari kepentingan pendidikan dan amalan kesihatan gigi yang baik. Melalui penyertaan pelajar kami dalam kempen ini, kami bukan sahaja dapat memberi mereka peluang praktikal dalam merawat pesakit dengan amalan penjagaan mulut yang mudah tetapi juga membantu mereka menangani cabaran kehidupan sebenar dalam pendidikan kesihatan pergigian awam.”

Kempen ini disokong oleh MYDIN Prihatin, cabang CSR Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN). Melalui gandingan ini, Pepsodent menyasarkan untuk mengedarkan 60,000 kit ubat gigi kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia. 

“Apabila kami mengetahui rancangan Pepsodent untuk mengaktifkan kempen ini, kami tidak sabar-sabar untuk turut sama berganding bahu. MYDIN Prihatin ditubuhkan atas premis membantu rakyat Malaysia menjaga sesama rakyat Malaysia. Bersama Pepsodent dan melalui rangkaian MYDIN Prihatin, kami berharap komuniti B40 di seluruh Malaysia dapat memiliki asas kebersihan pergigian yang lebih kukuh dan amalan kesihatan mulut yang betul,” kata Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Pepsodent kempen kebersihan mulut

Selain pengagihan kit penjagaan mulut kepada orang ramai, pengaktifan kempen ini turut merangkumi pemeriksaan dan rundingan kesihatan pergigian, demonstrasi memberus gigi setiap jam serta pengedaran kit ubat gigi. Kempen ini juga akan diaktifkan di Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak. Kit ubat gigi dan maklumat petua penjagaan gigi yang mudah akan diedarkan lagi oleh inisiatif MYDIN Prihatin. 

Pepsodent ialah ubat gigi yang dipercayai keluarga, disahkan halal serta sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi Mikro Kalsium Aktif dan Pro-Fluoride Kompleks untuk membaiki lubang kecil yang tidak kelihatan seterusnya membentuk kaviti dengan mencipta lapisan perlindungan untuk mencapai gigi 10 kali lebih kuat. Ubat gigi Pepsodent boleh didapati dalam pek 225gx2 di semua pasar raya dan pasar raya besar dengan harga RSP RM 9.60.

The post Pepsodent Melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*