PARIS: Perenang Olimpik, Luana Alonso mendedahkan, pemain bola sepak Brazil, Neymar pernah menghantar mesej peribadi kepadanya.
Perenang Paraguay itu menjadi tumpuan minggu lalu selepas dia mendedahkan akan bersara daripada sukan berkenaan susulan gagal layak ke pusingan kedua acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita.
Alonso juga dilaporkan dihalau dari Perkampungan Sukan kerana kelakuan tidak senonoh, namun perenang itu menafikannya dan mendakwa dia menjadi mangsa pembohongan serta maklumat palsu.
Dia yang dilahirkan di Asuncion, Paraguay, sebelum ini pernah mendedahkan yang Neymar menghantar mesej kepadanya di media sosial, tetapi tidak memberitahu isu kandungannya.
Alonso mendakwa bintang bola sepak Brazil berusia 32 tahun itu meminatinya sejak beberapa tahun lalu.
Dalam acara 100m kuak kupu-kupu minggu lalu, Alonso hanya dibezakan 0.24 saat di belakang perenang Georgia, Ana Nizharadze untuk layak.
sumber: BH
Dia kemudian menulis di Instagram: “Ia rasmi sekarang! Saya akan bersara daripada berenang, terima kasih semua di atas sokongan! Maaf Paraguay, saya hanya boleh berterima kasih!”