Pertingkat Mutu Perkhidmatan AmanahRaya Rasmi Pejabat Baharu Di Teluk Intan, Perak

Teluk Intan, 17 Mei 2023 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini telah beroperasi secara rasminya di premis baharu yang terletak di Pusat Komersial Sentral Intan, Teluk Intan. Inisiatif ini dilakukan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada selain memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan premis yang lebih besar.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato’ Haji Meor Redwan Mahayudin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak diiringi oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya.

Encik Ahmad Feizal dalam ucapan aluan berkata, ‘AmanahRaya sentiasa bersedia meningkatkan kualiti penyampaian yang lebih mampan seiring dengan permintaan pelanggan khususnya masyarakat di negeri Perak.’

Tambah beliau lagi, ‘Seiring dengan usia AmanahRaya yang telah menjangkau lebih 100 tahun, kami telah melaksanakan beberapa inisiatif lain untuk memperkukuhkan kecekapan operasi dan menambah baik jaringan perkhidmatan melalui pelbagai platform atas talian mahupun secara fizikal.Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AmanahRaya adalah merangkumi Penulisan Wasiat, Perkhidmatan Peramanahan dan juga Pentadbiran Pusaka. Usaha berterusan juga dilakukan untuk menambah baik. sistem operasi dan infrastruktur IT melalui pewujudan Sistem Wasiat, Amanah dan Pusaka (SWAP) bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisyen dapat ditawarkan kepada masyarakat.’

Yang Berbahagia Dato’ Haji Meor Redwan dalam ucapan perasmiannya berkata, ‘masyarakat perlu peka bahawa kes-kes perebutan harta yang berlaku pada hari ini kebanyakkannya membawa implikasi yang sangat besar kepada generasi mereka. Sehubungan itu, masyarakat perlu sedar mengenai implikasi sekiranya kita gagal merancang hart di peringkat awal. Jadi, saya berharap kewujudan pejabat AmanahRaya di Teluk Intan ini akan membuka peluang kepada masyarakat sekitar untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan kelangsungan hidup generasi kita pada masa akan datang akan lebih terpelihara.

Setakat 30 April 2023, AmanahRaya telah mentadbir sebanyak lebih kurang 15,700 fail Pusaka dengan anggaran nilai aset sebanyak RM1.1 billion dan mengurus lebih 27,000 akaun Amanah dengan nilai sebanyak RM1.3 billion. Manakala bagi Wasiat pula, lebih 1.1 juta Wasiat telah didaftarkan. Bagi negeri Perak sahaja, anggaran nilat aset untuk akaun Pusaka adalah sebanyak RM123 juta dan nilai pengurusan akaun Amanah sebanyak RM53 juta. Bagi Wasiat pula, sebanyak 2,545 Wasiat telah didaftarkan.

Majlis perasmian pada pagi ini turut dihadiri oleh 300 orang tetamu yang terdiri daripada barisan pengurusan dan pegawai dari ibu pejabat dan Cawangan AmanahRaya serta pegawai-pegawai dari pelbagai agensi kerajaan dan sawasta juga pelanggan AmanahRaya.

The post Pertingkat Mutu Perkhidmatan AmanahRaya Rasmi Pejabat Baharu Di Teluk Intan, Perak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*