Pesara Polis Maut Kenderaan Bertembung Kereta Dipandu Lelaki Positif Dadah

pesara polis bertembung lelaki dadah

GUA MUSANG, 12 Feb (Bernama) — Seorang pesara polis maut selepas Perodua Ativa dinaiki bersama ahli keluarganya bertembung kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Kilometer (KM) 66 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Sungai Lakit, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang mengorbankan Adam Mat Hasan, 63, seorang pesara polis berpangkat sarjan itu berlaku kira-kira 8 malam.

Sik berkata hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan Toyota Vellfire.

“Proton Saga itu kemudiannya telah bertembung dengan Perodua Ativa dipandu anak mangsa yang berada di belakang Toyota Vellfire tersebut.

“Akibat daripada pertembungan tersebut menyebabkan Adam iaitu penumpang belakang Perodua Ativa maut di tempat kejadian, manakala isterinya Che Romayni Che Ismail cedera di hidung dan anak perempuannya Nurul Qurratul Ain Nazifa cedera di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sik berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, isteri dan anaknya turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati pemandu Proton Saga positif dadah jenis methamphetamine dan ganja. Lelaki itu yang turut cedera di kaki telah ditahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian,” katanya.

Pesara Maut, Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Mati Isteri

Sebelum ini, media melaporkan seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri selepas bertengkar berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan, berkata isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang mendengar dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong dari bahagian belakang dapur rumah pasangan itu sekitar jam 8 pagi.

“Saksi kejadian menyatakan melihat mangsa terbaring kesakitan dan berdarah di pinggang lalu mengejarkan mangsa ke Hospital Jerantut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan siasatan awal mendapati dia mengalami kecederaan di belakang rusuk kiri.

“Suami mangsa berusia 73 tahun pula ditemukan di rumah dalam keadaan terduduk bersama selaras senapang patah dengan kecederaan di leher sebelah kiri,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Edar Dadah Dalam Kompleks Penjara, Warden Ke Tali Gantung

The post Pesara Polis Maut Kenderaan Bertembung Kereta Dipandu Lelaki Positif Dadah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*