Piala Asia 2023: Zairul Terpilih Adili Perlawanan Iran Dan Qatar Malam Ini

zairul piala asia

Piala Asia 2023: Zairul Terpilih Adili Perlawanan Iran Dan Qatar Malam Ini

KUALA LUMPUR — Penolong pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan bakal beraksi buat kali ketiga di atas padang apabila terpilih sebagai pegawai perlawanan untuk aksi separuh akhir Piala Asia 2023, Iran menentang Qatar di Stadium Al Thumama, Doha, malam ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran hari ini memaklumkan, Zairul akan bertindak sebagai Penolong Pengadil 2 bagi membantu Pengadil, Ahmad Alali dari Kuwait dan rakan senegaranya, Abdulhadi Alanezi selaku Penolong Pengadil 1.

Zairul sebelum ini bersama trio pengadil negara yang terdiri daripada Muhammad Nazmi Nasaruddin (pengadil) dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid (penolong pengadil) juga telah mengendalikan dua perlawanan secara bersama.

Gambar: FAM

Perlawanan itu melibatkan Iraq menentang Vietnam (perlawanan Kumpulan D) pada 24 Januari lalu.

Manakala satu lagi perlawanan membabitkan perlawanan Pusingan 16 Terbaik, Uzbekistan lawan Thailand pada 30 Januari lalu.

BACA: FAM Dapat “Durian Runtuh”, Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

“Ketiga-tiga Pengadil FIFA tersebut merupakan di antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan di sepanjang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari lalu hingga 10 Februari ini.

“Trio pengadil dari Malaysia itu sedang dinilai prestasi mereka untuk mendapatkan tempat dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dipilih untuk beberapa siri kursus dan ujian iaitu ‘FIFA World Cup Candidate’ sebagai syarat pemilihan secara merit bagi Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat,” maklum FAM di Facebook.

Sebelum ini, FAM turut memaklumkan pentas Piala Asia menjadi medan penilaian prestasi trio pengadil tempatan itu.

Piala Asia

Tuan rumah Qatar malam ini bakal berdepan Iran selepas berjaya mengatasi cabaran Uzbekistan pada peringkat suku akhir menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Manakala Iran layak ke separuh akhir selepas menundukkan skuad Samurai Biru, (Jepun) dengan jumlah skor 2-1.

Pemenang bagi perlawanan pada malam ini bakal bertemu Jordan yang menewaskan Korea Selatan 2-0 di perlawanan akhir.

BACA JUGA: Piala Asia 2023: Penting Buat Trio Pengadil Malaysia

Sumber: FAM

The post Piala Asia 2023: Zairul Terpilih Adili Perlawanan Iran Dan Qatar Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*